advertisement
Home Blog Page 43

Logo Dan Tema Hari Guru 2019 Diperkenalkan

0
logo dan tema hari guru

Pada Februari yang lepas pihak KPM telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang kreatif untuk memberi idea bagi mencipta Tema Hari Guru 2019. Pertandingan itu telah pun tutup pada 3 Mac 2019 yang lepas.

Kini setelah hampir sebulan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan secara rasmi Logo dan Tema Hari Guru 2019 bersempena Hari Guru pada 16 Mei yang disambut setiap tahun di Malaysia.

Logo Hari Guru 2019

logo hari guru 2019

Logo Ini Memberi Maksud:  

  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Ikon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hayat.
  • Pemilihan warna emas (gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi (dalam kontek warna). Dalam kontek nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Tema Hari Guru 2019

tema hari guru 2019

GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2019

Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang malam tadi (21 Mac 2019) memperkenalkan tema dan logo sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.

Kesemua Sekolah Di Daerah Pasir Gudang Akan Dibuka Semula

1
sekolah pasir gudang

Susulan tragedi pencemaran udara melalui pencemaran bahan kimi di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sebelum ini, kesemua sekolah di daerah Pasir Gudang telah pun ditutup bermula 13 Mac 2019 yang lalu. Kini Sungai Kim Kim sudah dibaik pulih dan keadaan menjadi selamat di daerah tersebut.

Mesyuarat Jawatankuas Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi menangani Pembuangan Siswa Bahan Kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 19 Mac 2019 telah memutuskan menghentikan Ops Sungai Kim Kim, menutup Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kejadian bencana menunjukkan perubahan semakin positif serta sudah hampir pulih sepenuhnya

Tarikh MulaSekolah Di Daerah Pasir Gudang Akan Dibuka

Sehubungan dengan itu, kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM dimana, semua sekolah dalam daerah Pasir Gudang yang ditutup akan dibuka semula mulai Ahad, 31 Mac 2019.

Kerja-kerja pembersihan sekolah juga akan dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta tempatan tanpa melibatkan murid mengikut kesesuian pihak sekolah sebelum sekolah dibuka, dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 23 Mac – 29 Mac 2019

0
harga minyak petroleum

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 23 Mac sehingga 29 Mac 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.61 (NAIK 7 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Big Bad Wolf Sudah Tiba Di Johor Bahru

0
big bad wolf johor bahru

Big Bad Wolf (BBW) adalah sebuah pameran buku yang di adakan di Malaysia. Selain daripada itu, di Thailand, Indonesia, Filipina juga diadakan pameran buku BBW ini. Buku-buku itu diambil secara besar-besaran dari stok BookXcess, sebuah kedai buku yang berurusan dengan buku-buku berlebihan para pengedar antarabangsa. Penjualan itu adalah idea dari pengasas BookXcess Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Ia pertama kali diadakan pada 13-18 Mei 2009 selama 5 hari di Dataran Hamodal, Petaling Jaya.

Bangsa Johor, kini giliran anda pula untuk merasai kehangantan suasan Big Bad Wolf. Kini anda boleh dapatkan buku pilihan anda seperti buku  buku fiksyen, bukan fiksyen, novel, kesusasteraan, kesusasteraan kanak-kanak dan fiksyen dewasa muda. Ia juga menjual barangan termasuk buku dan poster, wall paper, poster filem dan macam-macam lagi.

Maklumat Berkaitan Big Bad Wolf Di Johor Bahru

Tarikh : 21 Mac – 31 Mac 2019
Bertempat : Mydin Mall, Mutiara Rini
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah Malam
Diskaun sehingga 75-95%

Dapatkan lagi pelbagai informasi terkini di facebook rasmi Big Bad Wolf. Katanya ada banyak hadiah nak bagi sehingga 1 troli penuh. Jadi jom datang ke Big Bad Wolf di Mydin Mall, Mutiara Rini

Jom Sertai Klinik UPSR, Seminar PT3 Dan Seminar SPM Anjuran NSTP Bagi Tahun 2019

1
Klinik upsr seminar spm

Dah penat belajar? Tuisyen pun dah pergi tetapi masih tercari-cari teknik belajar dan menjawab peperiksaan yang betul? Jangan risau! Jom sertai Klinik UPSR (BH Didik), Seminar PT3 (BH Minda) & Seminar SPM (BH Skor) anjuran NSTP bagi tahun 2019!

Peserta berpeluang mendapatkan teknik belajar dan menjawab soalan peperiksaan daripada penceramah yang berpengalaman luas menerusi program selama 2 hari ini.

Bayaran yang dikenakan cukup berpatutan iaitu RM 150 beserta makan sebanyak 3 kali sehari, modul dan sijil penyertaan. Jom kita tengok pengisian yang anda akan dapat bagi setiap program yang disediakan

Klinik UPSR (BH DIDIK)

Program akan diadakan pada bulan Mac dan April di tempat yang berbeza-beza. Anda boleh lihat jadual penuh seperti gambar di bawa.

Pengisian : Teknik dan panduan belajar untuk UPSR
Pembimbing : Guru cemerlang mata pelajaran
Masa : 2 hari (Sabtu & Ahad atau Jumaat & Sabtu) – 6 pagi sehingga 6.15 petang
Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

klinik upsr

Sebarang pertanyaan: 1 300 22 6787/3158/7603/8285

Seminar PT3 (BH MINDA)

Program akan diadakan pada bulan Mac, April, Jun, Julai, Ogos dan September di tempat yang berbeza-beza. Anda boleh lihat jadual penuh seperti gambar di bawa.

Pengisian : Teknik dan panduan belajar untuk PT3
Pembimbing : Guru cemerlang mata pelajaran
Masa : 2 hari (Sabtu & Ahad atau Jumaat & Sabtu) – 6 pagi sehingga 6.15 petang
Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

seminar pt3

Sebarang pertanyaan: 1 300 22 6787/3158/7603/8285

Seminar SPM (BH SKOR)

Program akan diadakan pada bulan Mac,April, Jun dan Julai di tempat yang berbeza-beza. Anda boleh lihat jadual penuh seperti gambar di bawa.

Pengisian : Teknik dan panduan belajar untuk SPM
Pembimbing : Guru cemerlang mata pelajaran
Masa : 2 hari (Sabtu & Ahad atau Jumaat & Sabtu) – 6 pagi sehingga 6.15 petang
Subjek : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik

seminar spm

Sebarang pertanyaan: 1 300 22 6787/3158/7603/8285

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam 2019

2
konvokesyen universiti

Bukan semua Universiti Awam mengadakan dua kali konvokesyen universiti yang rata-ratanya pasti mengadakan sekali iaitu pada hujung tahun. Tetapi ada beberapa Universiti Awam yang mengadakan 2 kali konvokesyen iaitu pertengahan tahun dan juga hujung tahun iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Dengan kehadiran pelajar yang ramai di universiti ini, sudah tentu menyukarkan untuk menjalankan majlis graduasi serentak pada hujung tahun. Jadi mereka mengadakan 2 kali majlis graduasi. Tahniah untuk semua bakal graduan!

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-62 | 29 – 30 April 2019
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-90
    • Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam | 23 – 28 Mac 2019
    • Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang | 25 Mac 2019
    • Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani | 2 April 2019
    • Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu | 3 April 2019 
    • Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau | 7 – 8 April 2019
    • Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar | 8 – 9 April 2019
    • Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah | 10 – 11 April 2019
    • Dewan  Sri Semarak, UiTM  Cawangan Perlis, Kampus Arau | 13 – 14 April 2019
    • Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan | 15 – 16 April 2019 
    • Dewan Seri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat | 16 – 17 April 2019
    • Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh | 17 – 18 April 2019
    • Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka | 22 – 23 April 2019
    • Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun | 24 – 25 April 2019
  • University College Of Yayasan Pahang (UCYP) | 25 Mac 2019
  • Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) | 24 – 27 Mac 2019
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
    • Kolej Profesional MARA (KPM)
    • MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
    • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Politeknik Ibrahim Sultan Ke-24 | 10 – 11 Mac 2019

Al-Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM

1
canselor uitm

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.

Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa jika sesuatu bangsa itu ingin berubah dan mengatasi sebarang cabaran yang mendatang, maka bangsa tersebut hendaklah memiliki modal insan yang berilmu pengetahuan dan pegangan spiritual serta sahsiah yang unggul.

Rata-rata orang ramai gembira dengan latikan ini terutamanya bagi warga UiTM sendiri. Jadi Konvoksyen ke-90 UiTM yang akan datang ni nanti, warga UiTM konvo dengan Canselor baru la kan. Tahniah!

canselor uitm
cancelor uitm

Muat Turun Aplikasi Mind Campus Untuk Mencari Maklumat Berkaitan Pendidikan Tinggi

1
aplikasi mind campus

Anda merupakan lepasan SPM 2018? Jika ya, artikel ini untuk anda. Ini kerana pihak Media Prima Digital telah menyediakan satu aplikasi khas untuk golongan lepasan SPM untuk mencari segala maklumat berkaitan Universiti di Malaysia, Senarai Tajaan dan bermacam lagi yang mengfokuskan berkaitan Pengajian Tinggi iaitu aplikasi Mind Campus.

Semua maklumat yang anda perlukan untuk memulakan pendidikan anda di sini, di hujung jari anda dan masa depan berada di tangan anda dengan muat turun aplikasi Mind Campus.

Pendidikan adalah senjata paling kuat yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia

Nelson Mandela

Muat Turun Aplikasi Mind Campus

Kepada golongan lepasan SPM khususnya, anda boleh mula muat turun sekarang aplikasi Mind Campus di:

Platfom Android : Muat Turun Di Playstore
Platform iOS : Muat Turun Di Apps Store

Selamat datang ke Mind Campus! Di sini, kami bercita-cita untuk menjadi portal untuk individu yang ingin mengembangkan potensi minda mereka dan mengubah dunia satu langkah pada satu masa.

Aplikasi Mind Campus

Kami tahu bahawa untuk mencari universiti yang ideal dan kursus yang betul untuk dijalani boleh menjadi sangat mencabar (percayalah, kami telah berada di sana!), Dan dengan itu, dalam fasa pertama aplikasi ini, kami memberi tumpuan kepada memastikan pengalaman lancar apabila anda melayari senarai universiti di Malaysia dan apa yang mereka tawarkan.

Kami juga mengakui bahawa sumber untuk biasiswa boleh menjadi tugas yang membosankan. Kami berhasrat untuk memastikan pencarian biasiswa lebih mudah – jadi, kami mengemas kini semua biasiswa terkini dan anda boleh melayari mereka di bahagian biasiswa.

Kami ingin ini menjadi berguna kepada anda, dan untuk itu, kami akan memerlukan maklum balas pengguna juga! Jadi, jika anda tidak dapat mencari apa yang anda cari di sini atau jika anda mempunyai cadangan bagi kami untuk terus memperbaiki (atau jika anda adalah syarikat yang ingin membuat perkongsian dengan kami), kami akan senang dengar dari anda! 

Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di khairulnajmi@mediaprima.com.my

Pengambilan Calon Lepasan SPM Sebagai Pegawai Kadet UPNM 2019

2
pegawai kadet upnm

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM menyertai pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pegawai Kadet (PK) UPNM di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia mulai tahun pertama pengajian. PK UPNM akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tenterta Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan

Syarat Permohonan Sertai Pegawai Kadet UPNM

Seksyen A (Syarat-Syarat AM Permohonan)

  1. Syarat Kelayakan Umum. Calon-calon perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Jantina Lelaki dan Wanita
    3. Umur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Disember 2019. Calon-calon yang berumur bawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga
    4. Fizikal:
      1. Tinggi minimum: 1.62 m (lelaki) dan 1.57 m (wanita)
      2. Berat minimum: 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (wanita)
      3. Beza ukuran dada pernafasan: 5 sm (lelaki) dan 4 sm (wanita)
      4. BMI: 18.0 sehingga 26.0
    5. Taraf kesihatan. Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
    6. Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan selama 4 hari adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan dan aktiviti ko-kurikulum akan diberi keutamaan
    7. Pelantikan PK UPNM. Sepanjang Pengajian Program Asasi, calon-calon yang terpilih akan mengikuti pengajian sebagai pelajar awam di UPNM. Pelantikan sebagai PK Angkatan Tetap akan dilaksanakan pada tahun pertama pengajian. Pelantikan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik, taraf minimum kesihatan dan keputusan Lembaga Pemilihan Awal.
    8. Faedah Saraan. Skim Saraan berdasarkan Skim Perkhidmatan dan Saraan ATM tahun 2013 yang sedang berkuatkuasa.

Seksyen B (Syarat-Syarat Kelayakan Akademik)

  1. Kelayakan Akademik. Kelayakan akademik berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh universiti mengikut Program Asasi seperti berikut:
    1. Program Asasi Perubatan
    2. Program Asasi kejuruteraan dan Sains Teknologi
    3. Program Asasi Pengurusan dan Strategi

Seksyen C (Maklumat Permohonan)

  1. Cara Memohon. Calon-calon hendaklah memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar melalui www.upu.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan kelak
  2. Maklumat Permohonan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-2071 4524/4526/2391
  3. Tarikh Tutup Permohonan. 2 April 2019
Pengambilan Calon Lepasan SPM Sebagai Pegawai Kadet UPNM 2019

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json