advertisement

Dalam matematik, antara cabang ilmu yang bakal anda pelajari adalah mengenali apa itu nombor genap dan ganjil. Apakah maksud disebalik nombor-nombor tersebut.

Pembelajaran ini anda akan pelajari untuk asas matematik. Nombor-nombor ini sebenarnya kita sudah pelajari dan kenali sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi apakah pengkelasan untuk nombor genap dan ganjil?

Sebelum itu, untuk pengetahuan nombor genap in english ialah ‘even number’ dan nombor ganjil in english ialah ‘odd numbers’. Anda kini boleh lebih mengenali sekiranya belajar dalam bahasa inggeris.

Jadi jom kita lihat dan belajar sama-sama tentang apa itu nombor genap dan ganjil terutamanya untuk anak-anak dan pelajar sekolah rendah.

BACA JUGA : Belajar Bahasa Arab

Apa Itu Nombor Genap Dan Ganjil?

Secara asasnya, nombor genap adalah nombor yang boleh dibahagi dengan dua (2). Erti kata lain, sekiranya dibahagikan dengan dua, ianya tidak akan memberikan baki.

Contoh Nombor Genap

2, 3, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20, 22, … dan seterusnya. Jadual dibawah anda boleh tengok contoh nombor genap 1 hingga 100

246810
1214161820
2224262830
3234363840
4244464850
5254565860
6264666870
7274767880
8284868890
92949698100

Manakala nombor ganjil adalah lawan kepada nombor genap dimana nombor yang tidak boleh dibahagi dengan dua (2). Jika dibahagikan dengan dengan dua, akan mempunyai baki.

Contoh Nombor Ganjil

1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, … dan seterusnya. Jadual dibawah anda boleh tengok contoh nombor ganjil 1 hingga 100

13479
1113151719
2123252729
3133353739
4143454749
5153555759
6163656769
7173757779
8183858789
9193959799

Sekarang anda sudah tahu dan faham apa itu nombor genap dan ganjil beserta contoh dan kita lihat pula apabila berlaku pengoperasian sama ada tambah, tolak, darab ke atas nombor genap dan nombor ganjil tersebut.

Operasi Tambah (+)

OperasiContohKeputusan
Genap + Genap2 + 4 = 2Genap
Genap + Ganjil8 + 3 = 5Ganjil
Ganjil + Genap7 + 8 = 15Ganjil
Ganjil + Ganjil5 + 9 = 14Genap

Operasi Tolak (-)

OperasiContohKeputusan
Genap – Genap4 – 2 = 4Genap
Genap – Ganjil8 – 3 = 5Ganjil
Ganjil – Genap17 – 4 = 13Ganjil
Ganjil – Ganjil21 – 9 = 12Genap

Operasi Darab (x)

OperasiContohKeputusan
Genap x Genap4 x 4 = 16Genap
Genap x Ganjil8 x 3 = 24Genap
Ganjil x Genap13 x 8 = 104Genap
Ganjil x Ganjil17 x 9 = 153Ganjil

Dalam jadual-jadual diatas, kita dapat lihat apabila nombor genap ditambah dengan nombor genap, kita akan dapat nombor genap juga. Manakala nombor genap tambah dengan nombor ganjil akan dapat nombor ganjil. Juga untuk operasi tolak.

Berbeza dengan pendaraban, dimana nombor genap yang didarabkan dengan nombor genap akan menghasilkan nombor genap dan hanya hasil darab antara nombor ganjil sahaja yang menghasilkan nombor ganjil.

Bagaimana Dengan Nombor Sifar. Nombor Genap Ke Ganjil?

Kita dah tahu nombor genap adalah nombor yang boleh dibahagikan dengan 2, manakala nombor ganjil tidak boleh dibahagikan dengan 2. Tapi bagaimana pula dengan nombor sifar (0)?

nombor genap dan ganjil

Sekiranya 0 dibahagikan dengan 2, maka jawapannya adalah 0. Jika dirujuk dengan definisi nombor genap (even numbers), maka sifar merupakan nombor genap. Harap perkongsian tentang nombor genap dan ganjil ini bermanfaat untuk anda.

Sumber:

  1. https://www.scientificamerican.com/article/what-is-the-origin-of-zer/#:~:text=The%20first%20recorded%20zero%20appeared,the%20end%20of%20the%20eighth.
  2. https://www.britannica.com/story/is-zero-an-even-or-an-odd-number
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here