advertisement

Berita baik kepada semua anak Johor apabila Yayasan Pelajaran Johor kini telah membuka permohonan bagi Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 bermula 2 April hingga 16 April 2022.

Skim SBP ini merupakan Agenda 12 Johor Berkebajikan yang mempunyai objektif untuk mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di IPT terutama bagi mereka yang baru mendaftar.

Sasaran pihak YPJ adalah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000 – RM5,000 ke bawah untuk menerima skim bantuan ini.

Syarat Am Permohonan

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & MARSAH);
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 ini boleh dibuat bermula 4 April 2022 sehingga tarikh tutup iaitu 16 April 2022 yang boleh dibuat secara online. Anda boleh pautan dibawah untuk memohon

skim bantuan pendaftaran ke ipt

Dokumen Wajib

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Cara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 daripada Yayasan Pelajaran Johor, anda boleh pergi ke pautan https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/

Dapatkan informasi Bantuan dan Pinjaman Pendidikan serta Biasiswa di Telegram dengan sertai t.me/biasiswa4all

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here