advertisement

Pastinya calon-calon STPM tidak sabar untuk ketahui keputusan peperiksaan yang mereka hadapi untuk tahun 2021. Tambahan pula dengan pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya ketika pandemik yang masih lagi berlaku.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2021 akan diumumkan dan dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 iaitu pada hari Khamis.

Untuk calon sekolah, anda boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai 12.00 tengah hari pada hari yang sama.

Manakala bagi calon persendirian termasuk calon sekolah juga boleh buat semakan keputusan STPM 2021 melalui kaedah secara online atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Cara Semak Keputusan STPM 2021 Secara Online

Untuk kaedah secara dalam talian atau secara online bagi dapatkan slip keputusan penuh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).

Anda atau calon boleh buat semakan di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK

Cara Semak Keputusan STPM 2021 Secara SMS

Untuk buat semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) pula, calon boleh dapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 bermula 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad).

Calon hanya perlu taip dengan kaedah seperti dibawah:

STPM<jarak>NoK/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh – STPM 021001105620 WB001A001

Untuk info lanjut, calon boleh rujuk facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaa, boleh emel ke stpm@mpm.edu.my

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here