advertisement

Bulan Ogos dikenali juga dengan bulan Kemerdekaan. Pada 31 Ogos setiap tahun kita akan meraikan Hari Kebangsaan. Jadi detik ini pastinya ucapan Hari Merdeka banyak dikongsikan terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia.

Hari Kemerdekaan atau kini dikenali sebagai Hari Kebangsaan yang mana memperingat pencapaian negara ini membebaskan diri daripada penjajahan. Hari ini pastinya sangat bermakna bagi setiap rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya.

Salah satu cara paling indah untuk menghargainya adalah dengan berkongsikan salam dan ucapan Hari Merdeka yang penuh dengan semangat patriotik serta perpaduan. Boleh kongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya.

Contoh Ucapan Hari Merdeka Atau Hari Kebangsaan Tahun 2023

Untuk tahun 2023, kita akan menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-66. Jadi contoh ucapan ini, sesuai dengan sambutan pada tahun ini. Anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Ucapan Hari Merdeka 1

Diucapan Selamat Hari Kemerdekaan 2023 kepada semua. Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Ucapan Hari Merdeka 2

Ayuh kita bersama memajukan bumi bertuah ini dan hayati erti sebenar kemerdekaan. Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan Yang Ke-66

Ucapan Hari Merdeka 3

Erti Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud kita bebas daripada penjajah, tapi kemerdekaan jua dapat ditangga daripada perpaduan bangsa.

Ucapan Hari Merdeka 4

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-66. Semoga Malaysia terus aman dan berjaya.

Ucapan Hari Merdeka 5

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-66. Jom jadikan kemerdekaan ini lebih bermakna dengan bersatu hati, satu jiwa dan satu harapan untuk menjadi Malaysia lebih berjaya.

Ucapan Hari Merdeka 6

Semoga Hari Kemerdekaan ini membawa keberkatan dan kejayaan untuk setiap daripada kita. Semoga lebih banyak lagi kemajuan yang dikecapi setiap tahun dan akan datang. Selamat Hari Kebangsaan Ke-66.

Ucapan Hari Merdeka 7

Sentiasa berdiri untuk apa yang anda percaya, yakin untuk apa yang betul dan kejar untuk apa yang anda inginkan. Kebebasan sebenar adalah terletak pada minda anda tanpa rasa takut. Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia 2023.

Ucapan Hari Merdeka 8

Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara… Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia.

Ucapan Hari Merdeka 9

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni serta kekal perpaduan.

Ucapan Hari Merdeka 10

Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan“. – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Ucapan Hari Merdeka 11

Those who secured our independence held the views that liberty and courage were the keys to happiness. May we all possess the bravery to lead Malaysia to greater heights. Happy 2023 Hari Merdeka, the anniversary of Malaysian independence.

Ucapan Hari Merdeka 12

Let’s band together to advance the cause of our wonderful country. Happy 2023 National Day of Malaysia, Hari Merdeka!

Ucapan Hari Merdeka 13

Happy Independence Day to you. Today let’s celebrate those who shed their blood for our freedom. They are the ones who deserve the glory!

Ucapan Hari Merdeka 14

May this Independence Day bring fortune and success for each and every one of us. May our country see more progress in the coming years! Happy independence day of Malaysia!

Pantun Hari Merdeka 15

Laungan Merdeka oleh Pak Ungku,
Ribuan hadir pelbagai bangsa,
Malaysia Merdeka Tanah Air Ku,
Terus berjuang demi nusa dan bangsa.

Pantun Hari Merdeka 16

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari Kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.

Pantun Hari Merdeka 17

Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
66 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman dan damai.

Pantun Hari Merdeka 18

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Pantun Hari Merdeka 19

Jalur Gemilang Bendera Malaysia,
Berkibar megah kebanggaan kita;
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Hindar dijajah, jauhi sengketa

Pantun Hari Merdeka 20

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here