advertisement

Semalam, Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini, tahun 2022.

Tambahnya lagi, susulan pemansuhan ini, ianya akan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimana ianya merangkumi 3 komponen iaitu

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani
  • Pentaksiran Aktiviti Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikomentrik (PPsi)

Menerusi Sidang Media Khas KPM itu juga, Radzi Jidin memberitahu akan memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah dengan penambahbaikan PBD Pentaksiran (berterusan).

Ujar beliau lagi, penambahbaikan PBD Pentaksiran Sumatif, KPM akan memantapkan ujian akhir sesi akademik bagi lima mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah

Ianya akan melalui pentaksiran mengikut tahun atau tingkatan, penyediaan bank soalan oleh KPM, penjanaan set soalan oleh guru di sekolah dan pelaksanaan yang lebih fleksibel.

PT3 telah diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang digunakan sejak 1993. Kali terakhir dilaksanakan adalah pada tahun 2019 dan kemudian PT3 tidak dilaksanakan pada tahun 2022 dan 2021 ekoran pandemik yang berlaku.

Kini tahun 2022, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan yang kini digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here