advertisement
Home Blog Page 35

Harga Baru Produk Petroleum Bermula 22 Jun – 28 Jun 2019

0
harga baru petrol

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga baru bagi produk petroleum.

Bermula pada 22 Jun sehingga 28 Jun 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.38 (TURUN 3 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 Tawar Hadiah Hampir RM50,000

6
anugerah pelajar cemerlang

Pihak Berita Harian dan New Straits Times telah menawarkan hadiah hampir RM50,000 bagi mencari pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang (APCBH & NST) 2018. Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi, berkata berikutan penyertaan yang menggalakkan dan permintaan ramai, tarikh tutup penyertaan anugerah berkenaan telah dilanjutkan hingga ke 12 Julai 2019.

APCBH & NST 2018 menyaksikan beberapa kategori baharu diperkenalkan termasuk Personaliti Pilihan BH Didik, Minda dan Skor, Pencapaian Bahasa Inggeris Terbaik (School Times) dan Rakan Langganan Sisipan BH/NST selain daripada kategori UPSR, PT3 dan SPM yang sedia ada.

anugerah pelajar cemerlang

Siapakah Yang Layak Untuk Sertai Anugerah Pelajar Cemerlang (APCBH & NST) 2018

Anugerah ini terbuka kepada semua pelajar yang pernah menyertai Klinik UPSR BH Didik atau Bengkel PT3 BH Minda serta SPM BH Skor sepanjang tahun 2018. Selain itu pelajar sendiri, sekolah yang melanggan sisipan pendidikan BH (Didik, Minda dan Skor) atau NST (School Times) atau FullAMark juga layak menyertai Anugerah Pelajar Cemerlang (APCBH & NSTP) 2018.

Justeru itu, pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dipelawa untuk menyertainya.

Cara Untuk Sertai Anugerah Pelajar Cemerlang (APCBH & NST) 2018

Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dalam akhbar BH menerusi sisipan Didik, Minda, Skor dan NST School Times atau ikuti Facebook BH Pendidikan, FullAmark serta School Times. Penyertaan tersebut perlu dihantar ke alamat

Anugerah Pelajar Cemerlang BH & NST 2018,
P.O Box 10049, Pejabat Pos Besar,
50902 Kuala Lumpur.

Terma dan syarat boleh dirujuk di laman web www.fullamark.com.my

Buat julung kalinya, penganjuran turut menerima penghantaran melalui e-mel dengan melampirkan setiap dokumen dalam format jpeg, 300 dpi ke upen@bh.com.my dengan tajuk ‘Anugerah Pelajar Cemerlang BH & NST 2018’.

Mengulas lanjut, Farah Ezrin berkata, bagi kategori Rakan Sekolah Cemerlang masing-masing untuk sekolah rendah dan menengah hadiah sebanyak RM12,000 disediakan iaitu RM5,000 untuk tempat pertama, RM4,000 (kedua) dan RM3,000 (ketiga).

“Kategori UPSR, PT3 dan SPM pula, lima pemenang untuk setiap kategori akan menerima wang tunai RM1,000, sijil dan trofi eksklusif APCBH & NST 2018 yang akan tertera nama penerima,” katanya.

Peperiksaan SPM Ulangan Tahun 2019

0
spm ulangan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan bagi tahun 2019 akan diadakan tidak dalam lagi. Kepada pelajar sebelum ini yang mendaftar, anda seharusnya sudah boleh membuat persediaan sebelum menjelang hari peperiksaan SPM Ulangan tersebut.

Tarikh Peperiksaan SPM Ulangan

Bagi calon yang telah mendaftar, peperiksaan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU) 2019 akan bermulada pada 25 sehingga 2 Jun 2019.

Pada tahun ini, seramai 9827 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM Ulangan di 203 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.

Seramai 1572 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. 3 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Lembaga peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

peperiksaan spm ulangan

Jadual waktu peperiksaan SPM Ulangan boleh dimuat turun di pautan Lembaga Peperiksaan ini. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Selamat berjaya kepada calon yang menghadapi peperiksaan SPM Ulangan (SPMU)

Senarai Universiti Terbaik Dunia

2
universiti terbaik dunia

QS World University Rankings adalah suatu penerbitan tahunan ranking universiti oleh Quacquarelli Symonds (QS). Sebelum ini dikenali sebagai Times Higher Education-QS World University Rankings dengan penerbit telah bekerjasama majalah Times Higher Education (THE) untuk menerbitkan jadual Liga Antarabangsa dari tahun 2004 hingga 2009 sebelum kedua-duanya mula mengumumkan versi mereka sendiri. QS kemudian memilih untuk terus menggunakan metodologi yang sedia ada manakala Times Higher Education mengamalkan metodologi baru untuk mencipta kedudukan mereka bagi menyenarikan universiti terbaik dunia.

Baru-baru ini pihak Quacquarelli Symonds (QS) telah mengeluarkan laporan QS World University Rankings 2020 (WUR2020) dengan menyenaraikan hampir 1000 universiti terbaik di dunia.

Antara Universiti Terbaik Dunia

Pencapaian yang membanggakan Malaysia iaitu, universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) telah berjaya disenaraikan di antara 70 universiti terbaik di dunia. Pencapaian ini lebih baik berbanding di tempat ke-87 pada tahun lepas.

4 lagi Universiti Awam Malaysia juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Anda boleh lihat peningkatan bagi universiti terbaik dunia ini di infografik di bawah.

universiti terbaik dunia

Selain itu, pada siti penarafan kali ini, 20 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu 10 buah universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, 2 buah universiti mengekalkan kedudukan, 7 buah universiti berjaya tersenarai untuk kali pertama dan sebuah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas.

Selain itu, sebanyak 15 lagi institusi pendidikan tinggi tempatan baik awam mahupun swasta juga berjaya disenaraikan di dalam senarai top 1000 iaitu UCSI, UTP, Taylor’s, MSU, UUM, UIAM, UiTM, UniMAP, Sunway, UMP, MMU, UNIMAS, UNITEN, UTAR dan UMS.

Mengulas perkembangan ini, Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan berada di atas landasan yang tepat dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi yang berkualiti, sejajar dengan perubahan di dalam pendidikan negara maju.

universiti terbaik dunia

“Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan di sini, Kementerian tidak hanya memfokuskan kepada ranking universiti untuk menjadi universiti terbaik dunia. Sebaliknya, keutamaan harus diberikan kepada elemen-elemen yang akan memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan budaya akademik serta menyumbang kepada kesarjanaan dan ekosistem Pendidikan Tinggi Malaysia.” kata beliau pada sidang media yang diadakan di KPM di Putrajaya sebelum ini.

Kata beliau lagi, universiti-universiti di Malaysia perlu sentiasa melahirkan graduan yang holistik.

“Semua universiti harus memiliki keupayaan untuk menghasilkan graduan yang pelbagai bakat, kalis masa hadapan (future proof), cekal dan sentiasa mempunyai daya adapatasi terhadap perubahan,” katanya

QS juga melaporkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam ranking kali ni sebaris dengan universiti terbaik dunia yang lain.

Semakan Calon Layak UKCG Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019

0
ijazah pendidikan

Bagi pelajar yang memohona biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019 pada Mac yang lepas, kini anda sudah boleh mula membuat semakan calon layak bagi menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).

Permohonan biasiswa Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini telah dibuka selama sebulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 30 Mac 2019 yang lepas. Ianya terbuka kepada pelajar tahun pertama yang beradai di Fakulti Pendidikan di Universiti Awam.

Tarikh Semakan Calon Layak Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Calon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019 boleh membuat semakan terhadap panggilan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) mulai 3 Jun 2019 (Isnin), jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Jun 2019 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.

Cara Membuat Semakan

Bagi calon yang layak, anda boleh membuat semakan di pautan di bawah

Maklumat Penting

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dan memuat turun surat serta dokumen yang berkaitan

semakan biasiswa ijazah

Sebelum menghadiri ujian, calon adalah diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

  • Membaca dan memahami dokumen ‘Peraturan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)’;
  • Mencetak dan membawa bersama sesalinan surat panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
  • Membawa bersama sesalinan SURAT AKUAN CALON yang diisi dengan lengkap;
  • Mematuhi kod pakaian yang ditetapkan;
  • Menghadiri ujian pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan;dan
  • Membawa bersama semua borang dan dokumen sokongan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CAWANGAN PENAWARAN, BAHAGIAN BIASISWA & PEMBIAYAAN
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Emel : unitpenawaran@moe.gov.my
No Fax : 03-8870 6839

Pandangan Penambahbaikan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

0
mata pelajaran pendidikan islam

Mata Pelajaran Pendidikan Islam bagi sukatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun wujud sejak mula sistem pendidikan diperkenalkan di Malaysia. Secara asasnya, bagi setiap pelajar Islam akan mempelajari mata pelajaran pendidikan islam ini diperingkat sekolah rendah mahupun menengah.

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran asas yang perlu dipelajari oleh setiap murid yang beragama Islam. Mungkin dirumah kita tidak dapat ilmu secukupnya berkaitan agama Islam, jadi sistem pendidikan Malaysia bertungkus lumus bagi menyediakan bahan yang berkualiti berkaitan agama Islam kepada murid dengan menyediakan mata pelajaran Pendidikan Islam

Setiap perkara sudah pastinya tidak sempurna jika ianya direka atau dicipta daripada tenaga manusia. Jadi sebuah mata pelajaran juga tidak ketinggalan. Justeru itu, ia memerlukan penambahbaikan tetapi dalil berkaitan Islam itu sendiri tidak boleh ditokok tambah.

Pandangan Bagi Tujuan Penambahbaikan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Jadi Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam yang ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Kementerian Pendidikan sedang mengumpulkan pandangan dan cadangan tentang mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan.

mata pelajaran pendidikan islam

Sehubungan dengan itu, individu, kumpulan dan institusi dipelawa berkongsi isu dan cabaran serta mengemukakan cadangan untuk menambah baik dan membaca kemajuan kepada Pendidikan Islam melalui tinjauan ini.

Sekiranya anda ingin memberi pandangan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam, anda boleh berbuat demikan sebelum tarikh tutup pada 15 Julai 2019 dengan melawati pautan di bawah

Tawaran Menjadi Penulis Buku Teks

1
tawaran menjadi penulis buku teks

Tawaran pelawaan sebagai penulis Buku Teks KSSR (Semakan) Tahun 5 dan KSSM Tingkatan 5 untuk kegunaan mulai tahun 2021 melalui Bengkel Penataran Penulisan Buku Teks dan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks.

Tawaran ini dibuka kepada calon-calon penulis yang berkebolehan, berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi melalui Bengkel dan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks

Tarikh Permohonan Menghadiri Bengkel Penulisan Buku Teks

Calon-calon penulis yang berminat dipelawa untuk menghadiri Bengkel Penataran Penulisan Buku Teks dan Ujian Kelayakan Penulis Buku Teks yang akan diadakan pada 12-13 Julai 2019 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mata pelajaran KSSR (Semakan) Tahun 5 dan mata pelajaran KSSM Tingkatan 5 yang terlibat adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

Senarai Mata Pelajaran

KSSR

  • Bahasa Melayu Tahun 5 SK
  • Bahasa Melayu Tahun 5 SJK
  • Sains Tahun 5 SK
  • Matematik Tahun 5 SK
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 SK
  • Bahasa Arab Tahun 5
  • Pendidikan Islam Tahun 5
  • Pendidikan Moral Tahun 5 SK
  • Sejarah Tahun 5 SK
  • Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 SK
  • Pendidikan Muzik Tahun 5 SK
  • Pendidikan Seni Visual Tahun 5 SK

KSSM

  • Bahasa Melayu Tingkatan 5
  • Sejarah Tingkatan 5
  • Pendidikan Islam Tingkatan 5
  • Pendidikan Moral Tingkatan 5

Syarat Permohonan Menyertai Bengkel Menjadi Penulis Buku Teks

  • Peserta yang ingin menyertai bengkel penataran ini hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.
  • Peserta perlu mendapatkan borang penyertaan secara dalam talian melalui laman web Akademi DBP di http://www.akademi.dbp.my
  • Peserta sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan
  • Bagi senarai penuh syarat permohonan, anda boleh dapatkan senarai penuh di pautan ini

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara individu dengan mengisi borang penyertaan yang dilampirkan. Setiap peserta dikehendaki menyerahkan borang penyertaan dan borang biodata sebelum atau pada tarikh tutup, iaitu 4 Julai 2019.

Bayaran bengkel sebanyak RM150.00 dikenakan kepada setiap peserta yang ingin menyertai bengkel penataran ini. Bayaran tersebut meliputi nota bengkel, makan minum dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan perincian iklan Akademi DBP di pautah di bawah

Tawaran Menjadi Penulis Buku Teks

Tawaran Baharu Kepada Golongan B40

0
tawaran baharu matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah mengumumkan tawaran baharu kepada golongan B40 dalam aspek pendidikan yang diperoleh golongan ini.

Tawaran baharu yang diumumkan oleh KPM adalah penambahan kuota khas bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2019/2020 sekali gus permohonan rayuan mereka akan dipertimbangkan

Sebelum ini pihak Jemaah Menteri telah pun bersetuju dengan permohonan daripada KPM untuk menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 khusus bagi golongan B40.

Jadi kepada anda yang telah pun membuat permohonan rayuan sebelum ini anda boleh membuat semakan tawaran bermula 17 Jun 2019 jam 12.00 tengah hari.

Permohonan rayuan Matrikulasi

Pelajar-pelajar yang pernah mengemumkakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang KPM di
www.moe.gov.my

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

1
permohonan ijazah sarjana muda politeknik

Pada 23 Jun 2019 yang akan datang, kemasukan Diploma di Politeknik akan berlangsung serentak di seluruh negara. Ianya juga termasuk kemasukan bagi Kolej Komuniti. Permohonan ini telah dibuka pada Februari sehingga April 2019 yang lepas.

Kini bagi calon-calon lepasan Diploma Lanjutan atau Diploma Politeknik, kini anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Politeknik.

Tarikh Permohonan

Bagi calon atau pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Politeknik, anda boleh membuat permohanan bermula 17 Jun 2019 (Isnin) sehingga 14 Julai 2019 (Ahad) di pautan dibawah:

Permohonan adalah PERCUMA (dan tiada diperlukan nombor unik ID)

Tarikh-Tarikh Penting

Permohonan Dibuka17 Jun 2019
Permohonan Ditutup14 Julai 2019
Semakan keputusan temuduga 17 Julai 2019
Temuduga 24 Julai 2019
Semakan keputusan 2 Ogos 2019
Pendaftaran pelajar 1 September 2019

Program Yang Ditawarkan

1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian (BCT)*
Politeknik Ungku Omar, Perak
05-5457656/ 7622

2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian (BMS)*
Politeknik Ungku Omar, Perak
05-5457656/ 7622

3. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian (BFM)*
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor
03-51634000/ 1157/ 1159/ 1169

4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian (BEU)*
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor
03-51634000/ 1157/ 1159/ 1169

5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian (BMA)*
Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
05-4544431/ 4109

6. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan Dan Hospitaliti (BTH)*
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
07-2612060/ 1070/ 1032

7. Sarjana Muda Rekabentuk Dalam Komunikasi Visual Dan Media Baharu Dengan Kepujian (BVC)*
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
07-2612060/ 1070/ 1032

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Maklumat lanjut dan terkini sila rujuk portal
ambilan.mypolycc.edu.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi (Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM) di talian 
03-88883837 atau
hubungi Politeknik yang berkenaan

permohonan sarjana muda politeknik
inforgrafik permohonan sarjana muda politeknik

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json