advertisement
Home Blog Page 36

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 15 Jun – 21 Jun 2019

0
harga petrol baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 15 Jun sehingga 21 Jun 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.41 (TURUN 22 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Panggilan Temuduga Program Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2019/2020

0
temuduga program pendidikan

Program Pendidikan telah ditawarkan di beberapa universiti-universiti awam dan perlu melalui proses temuduga untuk memasukinya. Antara universiti yang menawarkan program ini seperti UPSI, USIM, UM, UKM, UIAM dan banyak lagi.

Pelajar yang ingin mengikuti program ini haruslah memohon melalui UPUOnline yang telahpun diadakan pada April yang lepas.

Jadi kepada pelajar lepasan STPM atau Setaraf yang layak, anda boleh membuat semakan panggilan temuduga di laman web universiti-universiti yang anda mohon.

Bagi pemohon yang telah memohon anda boleh mula membuat semakan panggilan temuduga bagi program Pendidikan lepasan STPM dan Setaraf bagi sesi 2019/2020 bermula 10 Jun 2019 pada jam 12.00 tengah hari di pautan seperti di bawah:

UPSIhttp://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
USIMhttps://etasjil.usim.edu.my
UITMhttp://www.online.uitm.edu.my
UTHMhttps://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran/
UMShttp://bpa.ums.edu.my/semakanums
UKMhttp://smp.ukm.my/etemuduga/semakan
UMhttp://kemasukan.um.edu.my
UPMhttp://www.smp.upm.edu.my/temuduga
USMhttps://pohon.usm.my
UTMhttps://jpt.utm.my
UUMhttp://www.uum.edu.my/kemasukan
UIAMhttp://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga.html
panggilan temuduga program pendidikan
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk poster rasmi daripada UPUOnline sendiri

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 2019

0
keputusan rayuan tingkatan 6 2019

Kemasukan Tingkatan 6 bagi semester 1 2019 telah pun diadakan pada bulan Mei yang lalu selepas keputusan rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 diumumkan pada April yang lepas.

Sejurus selepas itu, bagi pelajar lepasan SPM yang tidak berjaya, pihak KPM telah membukan permohonan secara atas talian bagi permohonan rayuan kemasukan Tingkatan 6.

Jadi kepada pelajar yang sudah pun membuat permohonan rayuan sebelum ini pihak KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi bagi membuat semakan keputusan rayuan kemasukan Tingkatan 6 semester 1 2019.

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Rayuan Atas Talian Kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2019 boleh dilakukan mulai 10 Jun 2019 sehingga 17 Jun 2019. Anda boleh membuat semakan dengan tekan pautan di bawah.

https://sst6.moe.gov.my

Tawaran Kursus Di Apple Developer Academy, Italy Ambilan Julai 2019

0
apple developer academy malaysia

Mungkin anda minat mengambil cakna dengan dunia teknologi. Mungkin anda juga minat kepada teknologi itu sendiri, sekali gus anda ingin memasang cita-cita suatu hari nanti anda akan berkecimpung di dalam dunia teknologi tersebut.

Salah satu teknologi yang terkenal sekarang adalah datangnya daripada sebuah syarikat gergasi yang sudah pastinya dikenali diseluruh dunia iaitu syarikat Apple inc. Ya, ianya merupakan antara pelopor terawal dalam dunia teknologi seperti mengeluarkan telefon pintar, komputer, software, hardware dan pelbagai lagi.

Jadi jika anda merupakan lepasan Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, kini anda berpeluang untuk mengikuti kursus ambila Julai 2019 di Apple Developer Academy, Naples, Italy.

Antara bidang kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang aplikasi dan perkhidmatan IT, rekaan digital dan model perdagangan digital. Maklumat lanjut tawaran tersebut juga boleh dilayari melalui di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/en.

Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas dari serata dunia dan kuota pengambilan kemasukan ke akademi tersebut adalah sebanyak 400 orang pelajar. Tarikh tutup permohonan adalah 21 Jun 2018 (Jumaat) jam 1400 (GMT+1). 

Maklumat lanjut dari segi tatacara dan syarat permohonan boleh dicapai di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/wp-content/uploads/2019call_everyone_en.pdf.

Sehubungan itu, jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, anda boleh membuat pertanyaan lanjut mengenai tawaran kursus ini,  dengan menghubungi terus dengan pegawai seperti butiran berikut:

Nama                   :           Prof Ing. Giorgio Ventre
Emel                     :           giorgio@unina.it
Telefon                :           +39 081 768 3908 / +39 380 767 9372
Laman web         :           http://www.dieti.unina.it   

5 Perkara Wajib Dilakukan Sebelum Pulang Berhari Raya

0
pulang ke kampung berhari raya

Pihak Polis Diraja Malaysia telah berkongsi kepada orang ramai di laman facebook rasminya berkaitan perkara-perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum anda pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya

Tahun ini sudah pastinya seperti tahun yang sebelum-sebelum ini dimana, orang ramai khususnya umat Islam akan mengambil kesempatan sempena perayaan untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan saudara.

Dengan itu, sudah pastinya kini ramai yang sibuk membuat persiapan dan persediaan bagi memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mungkin antara kita menggunakan kereta, motosikal atau kenderaan awam seperti bas. Ia juga haruslah mengambil perhatian bagi setiap kenderaan yang ingin digerakkan.

Oleh itu, ada beberapa perkara penting yang perlu diingat sebelum pulang ke kampung halaman. Berikut adalah 5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum pulang bercuti bagi memastikan semuanya berjalan lancar agar cuti hari raya anda lebih bermakna.

  1. Periksa Kenderaan dan Tiket Perjalanan
    Pastikan anda memeriksa keseluruhan kereta anda seperti keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini dalam perjalanan nanti. Bagi yang pulang dengan kenderaan awam, pastikan tarikh dan masa di tiket dicetak dengan betul supaya tidak tertinggal pula nanti.
  2. Keselamatan Rumah
    Pastikan anda memeriksa keseluruhan kereta anda seperti keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini dalam perjalanan nanti. Bagi yang pulang dengan kenderaan awam, pastikan tarikh dan masa di tiket dicetak dengan betul supaya tidak tertinggal pula nanti.
  3. Maklumkan Kepada Pihak Polis dan Jiran Terdekat
    Jangan lupa maklumkan kepada jiran, polis dan pengurusan kondominium tentang ketidakberadaan seisi keluarga di rumah. Ia bagi memastikan keselamatan kediaman anda dipantau ketika berada di kampung.
  4. Tambah nilai kad Touch & Go
    Harus diingat, semua lorong tambah nilai di semua plaza tol ditutup sepanjang Aidilfitri. Oleh itu, tambah nilai kad prabayar anda sebelum tarikh tutup.
  5. Kemas kini aplikasi GPS
    Kemudahan navigasi GPS dapat membantu mencari laluan alternatif jika berlaku kesesakan ataupun penutupan jalan.
  6. Elakkan Memandu Ketika Mengantuk
    Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup sebelum melalukan pemanduan. Jika anda rasa mengantuk ketika memandu, berhentilah seketika di kawasan rehat yang berdekatan bagi mengelakkan kemalangan disebabgkan microsleep.
microsleep membunuh ketika pulang hari raya

Tidak lari kampung tu dikejar. Ingatlah orang yang tersayang

Selain itu, pihak PDRM juga menginatkan bagi lengkapkan maklumat balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun seperti di pautan berikut:

Pengguna IOS: Appstore
Pengguna Android: Playstore

Kongsikan tips #infobersama ini kepada orang ramai untuk manfaat kita semua

Pinjam eBook Daripada Perpustakaan Negara

1
pinjam ebook daripada perpustakaan negara

Pinjam eBook Daripada Perpustakaan Negara | eBook merupakan buku elektronik yang boleh diakses dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan gadget anda seperti telefon pintar, tablet atau melalui komputer.

Melalui kajian yang dibuat sebelum ini, Malaysia merupakan antara negara di mana rakyatnya antara pembeli bahan bacaan tertinggi di dunia tetapi bukanlah antara tertinggi yang membaca.

Tetapi tahukah anda, kini anda tidak lagi perlu membeli, dimana kini anda boleh meminjam buku elektronik atau ebook secara percuma dan ianya ditawarkan daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Ianya telah dikongsi sebelum ini dimana, Perpustakaan Negara antara tempat dimana mempunyai koleksi besar ebook dan buku audio yang boleh disewa selama 7 hingga 14 hari. Dan ia semuanya adalah secara percuma. Ebook dan buku audio ini boleh diakses menerusi laman web dan juga aplikasi Libby

Platfom Android : playstore
Platfom Apple : iOS
Platfom Windows : Windows 10

Adakah permohonan lepasan STPM akan terjejas kerana tambahan kemasukan ke Matrikulasi?

1
logo test

Pada akhir bulan April yang lepas, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media di mana bilangan bagi Kemasukan Pelajar ke Program Matrikulasi ditambah bermula pada ambilan 2019.

Jadi 20 Mei 2019 yang lepas, sekali lagi pihak KPM membuat kenyataan media berikutan peningkatan bilangan ambil ke program Matrikulasi ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM telah menyelaras kemasukan lepasan SPM dan STPM dan kelayakan-kelayakan yang setaraf ke IPTA dan ILKA.

KPM mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikut pengajian di IPTA.

Calon-calon yang layak dan memenuhi Syarat Am, Syarat Khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pilihan program pengajian yang dipohon.

Proses pemilihan pelajar bergantung kepada pengiraan markah merit iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Markah akademik bagi kedua-dua lepasan STPM dan Matrikulasi adalah berdasarkan PNGK yang diperoleh oleh calon yang memohon.

Kejayaan mendapat tempat di Universiti Awam bergantung sepenuhnya kepada markah merit, tempat yang disediakan serta kelayakan calon dan bukannya bergantung kepada kategori (STPM atau Matrikulasi) calon tersebut.

Statistik menunjukkan tempoh dua tahun (2017-2018) lepasan STPM telah menunjukkan pertambahan sebanyak 4242 tawaran (21.07%) manakala lepasan Matrikulasi meningkat sebanyak 1981 tawaran (10.83%) pada sesi 2018/2019.

Pertambahan sebanyak 15000 (menjadi 40000) tmpat untuk program Matrikulasi, yang diputuskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini, tidak akan menjejaskan proses pemilihan pelajar secara keseluruhan kerana mereka terdiri daripada kalangan pelajar yang sama. Bilangan tempat yang boleh ditawarkan bergantung kepada prasarana dan kapasiti Universiti Awam.

Kenyataan media daripada KPM

Jika PTPTN Dimansuhkan…

0
pinjaman ptptn

Isu PTPTN kembali hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh Warganet di setiap pelusuk media sosial sendiri sama ada Facebook mahupun Twitter. Isunya berkaitan di mana pihak PTPTN ingin mengenakan kembali syarat disenarai hitam bagi peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti yang dijanjikan didalam surat perjanjian ketika membuat perjanjian

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee berkata kepada pemberita, “cadangan tersebut (menyenaraikan hitam peminjam PTPTN), bukan dikemukakan oleh perbadanan itu

BACA : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Dr Maszlee Malik berkata, sebaliknya ia adalah cadangan yang diperoleh daripada konsultasi awam yang diadakan oleh PTPTN. “Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka inginkan pandangan awam terhadap beberapa perkara. Mereka ingin cadangan daripada konsultasi awam itu.

“Itu bukan cadangan mereka, cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan) jawab macam itu. Pada saya PTPTN perlu memberikan penjelasan kepada media supaya tidak berlaku silap faham seperti itu,”

Melalui pelbagai isu berkaitan PTPTN ini, jika ianya dimansuhkan sepenuhnya, apa yang berlaku? Pihak Bernama telah mengeluarkan infografik ringkas berkaitan Jika PTPTN Dimansuhkan…

Jika PTPTN Dimansuhkan

  1. Sektor Swasta perlu tampil untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi. Pinjaman komersial tidak menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam perlu membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi
  2. Bilangan pelajar yang mendapat akses ke pendidikan tinggi berkurangan terutamanya kumpulan B40. Kemudahan pinjaman PTPTN banyak memberikan manfaat kepada kumpulan B40. Proses kelulusan yang lebih ketat oleh institusi kewangan mungkin menyukarkan golongan berpendapatan rendah
  3. Hutang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Kerajaan dan pembayar cukai perlu menanggung bebanan hutang PTPTN yang besar sekaligus akan memberi beban kepada kewangan negara.
  4. Ketidakadilan kepada peminjam yang telah selesai membayar balik. Tanggungjawab membayar pinjaman bagi peminjam sedia ada akan menjadi tanggungjawab Kerajaan dan pembayar cukai. Peminjam yang telah menyelesaikan pinjaman pula mungkin akan menuntut bayaran balik daripada PTPTN sebagai keadilan untuk pihak mereka
ptptn dimansuhkan

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json