advertisement

QS World University Rankings adalah suatu penerbitan tahunan ranking universiti oleh Quacquarelli Symonds (QS). Sebelum ini dikenali sebagai Times Higher Education-QS World University Rankings dengan penerbit telah bekerjasama majalah Times Higher Education (THE) untuk menerbitkan jadual Liga Antarabangsa dari tahun 2004 hingga 2009 sebelum kedua-duanya mula mengumumkan versi mereka sendiri. QS kemudian memilih untuk terus menggunakan metodologi yang sedia ada manakala Times Higher Education mengamalkan metodologi baru untuk mencipta kedudukan mereka bagi menyenarikan universiti terbaik dunia.

Baru-baru ini pihak Quacquarelli Symonds (QS) telah mengeluarkan laporan QS World University Rankings 2020 (WUR2020) dengan menyenaraikan hampir 1000 universiti terbaik di dunia.

Antara Universiti Terbaik Dunia

Pencapaian yang membanggakan Malaysia iaitu, universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) telah berjaya disenaraikan di antara 70 universiti terbaik di dunia. Pencapaian ini lebih baik berbanding di tempat ke-87 pada tahun lepas.

4 lagi Universiti Awam Malaysia juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Anda boleh lihat peningkatan bagi universiti terbaik dunia ini di infografik di bawah.

universiti terbaik dunia

Selain itu, pada siti penarafan kali ini, 20 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu 10 buah universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, 2 buah universiti mengekalkan kedudukan, 7 buah universiti berjaya tersenarai untuk kali pertama dan sebuah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas.

Selain itu, sebanyak 15 lagi institusi pendidikan tinggi tempatan baik awam mahupun swasta juga berjaya disenaraikan di dalam senarai top 1000 iaitu UCSI, UTP, Taylor’s, MSU, UUM, UIAM, UiTM, UniMAP, Sunway, UMP, MMU, UNIMAS, UNITEN, UTAR dan UMS.

Mengulas perkembangan ini, Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan berada di atas landasan yang tepat dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi yang berkualiti, sejajar dengan perubahan di dalam pendidikan negara maju.

universiti terbaik dunia

“Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan di sini, Kementerian tidak hanya memfokuskan kepada ranking universiti untuk menjadi universiti terbaik dunia. Sebaliknya, keutamaan harus diberikan kepada elemen-elemen yang akan memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan budaya akademik serta menyumbang kepada kesarjanaan dan ekosistem Pendidikan Tinggi Malaysia.” kata beliau pada sidang media yang diadakan di KPM di Putrajaya sebelum ini.

Kata beliau lagi, universiti-universiti di Malaysia perlu sentiasa melahirkan graduan yang holistik.

“Semua universiti harus memiliki keupayaan untuk menghasilkan graduan yang pelbagai bakat, kalis masa hadapan (future proof), cekal dan sentiasa mempunyai daya adapatasi terhadap perubahan,” katanya

QS juga melaporkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam ranking kali ni sebaris dengan universiti terbaik dunia yang lain.

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here