advertisement

Mungkin anda minat mengambil cakna dengan dunia teknologi. Mungkin anda juga minat kepada teknologi itu sendiri, sekali gus anda ingin memasang cita-cita suatu hari nanti anda akan berkecimpung di dalam dunia teknologi tersebut.

Salah satu teknologi yang terkenal sekarang adalah datangnya daripada sebuah syarikat gergasi yang sudah pastinya dikenali diseluruh dunia iaitu syarikat Apple inc. Ya, ianya merupakan antara pelopor terawal dalam dunia teknologi seperti mengeluarkan telefon pintar, komputer, software, hardware dan pelbagai lagi.

Jadi jika anda merupakan lepasan Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, kini anda berpeluang untuk mengikuti kursus ambila Julai 2019 di Apple Developer Academy, Naples, Italy.

Antara bidang kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang aplikasi dan perkhidmatan IT, rekaan digital dan model perdagangan digital. Maklumat lanjut tawaran tersebut juga boleh dilayari melalui di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/en.

Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas dari serata dunia dan kuota pengambilan kemasukan ke akademi tersebut adalah sebanyak 400 orang pelajar. Tarikh tutup permohonan adalah 21 Jun 2018 (Jumaat) jam 1400 (GMT+1). 

Maklumat lanjut dari segi tatacara dan syarat permohonan boleh dicapai di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/wp-content/uploads/2019call_everyone_en.pdf.

Sehubungan itu, jika anda berminat untuk mengikuti kursus ini, anda boleh membuat pertanyaan lanjut mengenai tawaran kursus ini,  dengan menghubungi terus dengan pegawai seperti butiran berikut:

Nama                   :           Prof Ing. Giorgio Ventre
Emel                     :           giorgio@unina.it
Telefon                :           +39 081 768 3908 / +39 380 767 9372
Laman web         :           http://www.dieti.unina.it   

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here