advertisement
Home Blog Page 33

Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2019

1
keputusan rayuan upuonline

Sejurus hebahan keputusan permohonana UPUonline Lepasan STPM/Setaraf 2019 diumumkan, jika anda tidak berjaya ditawarkan dimana-mana Universiti Awam, anda boleh terus membuat rayuan UPUOnline.

Jika lihat di artikel keputusan permohonan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf yang mengumumkan tarikh iaitu pada 31 Julai 2019, anda boleh membuat semakan keputusan permohonan anda.

Jika didalam keputusan tersebut, anda tidak berjaya mendapat apa-apa tawaran dariapda mana-mana Universiti Awam, anda layak dan harus membuat rayuan UPUOnline bagi sesi akademik 2019/2020

Tarikh Permohonan Rayuan OPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2019

Hanya untuk permohonan yang gagal mendapat tawaran ke Universiti Awam sahaja, tempoh permohonan rayuan UPUOnline selama 10 hari iaitu bermula 31 Julai sehingga 9 Ogos 2019 selepas 12.00 tengah hari

Anda boleh membuat rayuan di laman sesawang http://upu.moe.gov.my

rayuan upuonline

Langkah-Lankah Permohonan Rayuan UPUOnline 2019

Langkah 1: Layari Portal UPUonline
Langkah 2: Login ID (No Kad Pengenalan)
Langkah 3: Hanya 4 pilihan program sahaja dibenarkan untuk memohon
Langkah 4: Klik Sah & Hantar
Langkah 5: Cetak slip permohonan

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu

Keputusan Permohonan UPUOnline Lepasan STPM / Setaraf 2019

2
keputusan rayuan upuonline

Pada Mei 2019 yang lepas, bagi permohonan UPUOnline lepasan SPM telah pun diumumkan dan sejurus selepas itu, permohonan rayuan terus dibuka. Kini pihak UPU telah mengumumkan keputusan permohonan UPUOnline lepasan STPM / Setaraf pula.

[Sudah Baca?] Pengambilan Perajurit Muda TLDM Lepasan SPM dan Diploma

Bagi pemohon lepasan STPM yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke Universiti Awam untuk sesi akademik 2019/2020 pada September kelak, anda boleh menyemakan keputusan di melalui beberapa pautan.

Keputusan Permohonan UPUOnline Lepasan STPM

Keputusan Permohonan UPUOnline Lepasan STPM dan Setaraf

Anda boleh membuat semakan keputusan bermula 31 Julai 2019 iaitu pada hari rabu bermula jam 12.00 tengah hari.

Keputusan hebahan UPUOnline boleh dengan pelbagai cara seperti:

  1. Semakan melalui SMS
  2. Semakan melalui aplikasi UPUPocket
  3. Melalui laman sesawang

Melalui SMS : UPU<jarak>RESULT<jarak>NO.KP & hantar ke 15888

Melalui semakan di aplikasi UPUPocket :
Android : Playstore
iOS : Appstore

Melalui beberapa laman sesawang sepert i:

• link saluran Selatan : https://jpt.utm.my
• link saluran Utara : http://jpt.uum.edu.my
• link saluran Sarawarak: https://jpt.unimas.my
• link saluran Sabah: http://jpt.ums.edu.my 
• link saluran Timur : http://jpt.umt.edu.my

Perhatian kepada pemohon, tempoh setuju terima tawaran adalah 7 hari, mulai 31 Julai hingga 6 Ogos 2019.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu

Keputusan STPM Bagi Semester 2 Tahun 2019

0
keputusan stpm

Kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019, anda kini boleh ketahui keputusan STPM bagi semester 2 sesi 2019. Anda boleh mula semak keputusan melalui beberapa cara.

[Sudah Baca?] Sekolah Di Negeri Pahang Cuti Pada 29 Julai 2019

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan pengumuman di laman facebook mereka berkaitan keputusan STPM khusus bagi semester 2 sesi 2019.

tuntut sijil stpm keputusan stpm

Tarikh Keputusan STPM Semester 2 Sesi 2019

Bermula 1 Ogos 2019 (Khamis) pada jam 10 pagi, calon peperiksaan STPM semester 2 2019 boleh membuat semakan keputusan. Pelajar boleh menyemak dengan 2 cara iaitu:

  1. Menggunakan sistem SMS: Taip STPM<jarak>RESULTP2<jarak>NO KP & SMS KE 15888 : Contoh: STPM RESULTP2 901231063434 dan hantar ke 15888
  2. Atau melalui portal rasmi di http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP2/ dan masukkan kad pengenalan anda

Nota:

  1. Keputusan peperiksaan yang dipapar pada penyata ini bukan keputusan peperiksaan keseluruhan STPM.
  2. Keputusan peperiksaan semester sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Semak Semula Keputusan STPM Semester 2 Sesi 2019

Dalam pada itu juga, bermula 1 Ogos hingga 5 Ogos 2019, anda terus boleh membuat semakan keputusan STPM Semester 2 Sesi 2019. Jika ada ketidakpuashati anda boleh membuat semak semula di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_ssp2/

keputusan stpm

Semoga semua calon peperiksaan mendapat keputusan yang baik bagi semester 2 ini sekali gus memberi lebih semangat bagi menghadapi semester seterusnya kelak.

Pelajar UiTM Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

3
latihan industri di al-jazeera

Kini pelajar UiTM berpeluang untuk melakukan latihan industri di Al-Jazeera. UiTM mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama membentuk kerjasama dengan rangkaian media Al Jazeera sebagai sebuah organisasi media bertaraf antarabangsa

Kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu dimeterai menerusi nota ditandatangani Naib Canselor, Prof Dr Mohd Azraai Kassim dan Pemangku Pengurus Besar Al Jazeera Media Network, Dr Mostefa Souag di Doha pada Selasa.

latihan industri di al-jazeera

Di dalam halaman kampusuols.com, kerjasama itu menumpukan komitmen dalam hubungan dua hala yang erat untuk kerjasama bidang latihan industri bidang kewartawanan, komunikasi media dan latihan serta sangkutan industri kepada staf akademik.

Kenyataan lain, kerjasama itu bagi mewujudkan peluang bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara bersifat kepentingan bersama dan gabungan program akademik.

Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

Di dalam pertemuan antara Naib Canselor UiTM dan Pemangku Pengurus Besar Al Jazeera Media Network ketika itu turut membincangkan isu kepentingan bersama bagi mengukuhkan pengajian kewartawanan, komunikasi dan media di pelbagai peringkat pengajian.

[Sudah Baca?] Al-Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM

Selepas ini, mungkin bagi pelajar UiTM yang terlibat dengan bidang seperti yang diberitahu tadi berpeluang untuk melakukan latihan industri di Al-Jazeera sekali gus akan mempelajari cara kerja yang diterapkan di tempat tersebut.

Latihan industri di Al-Jazeera pastinya memberikan pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan kerana berpeluang berkhidmat bersama pengamal media antara terbesar di dunia.

Delegasi UiTM disertai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Ts. Dr Mohamad Kamal Harun, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS), Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman dan akhir sekali Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Dr Massila Hamzah.

Jadi kepada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, rebutlah peluang ini jika tawaran ini dibuka kelak. Ada rezeki dapat buat latihan industri di Al-Jazeera bukan.

sumber: kampusuols.com

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Lepasan SPM dan Diploma

1
pengambilan perajurit muda tldm

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanah air yang berkelayakan dan berminat bagi menyertai pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 220/19 untuk lepasan SPM/SVM/SKM (lelaki dan wanita) dan juga lepasan Diploma Kejuruteraan (lelaki).

Kelayakan Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 @ 3 dalam bidang berkenaan – Kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM/SVM),
  4. Tugas Khusus – Diploma dalam bidang tertentu (Rujuk senarai Diploma) dan Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 23 Oktober 2019
  3. Taraf perkahwinan – Bujang (Tidak pernah berkahwin)
  4. Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  5. Tahap kesihatan – sihat, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit kronik seperti lelah dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  6. Tahap pendengaran – Kebolehan mendengar dengan baik tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran.
  7. Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Pemohon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan dipertimbangkan
  8. Syarat minimum ukuran fizikal

pengambilan perajurit muda tldm

Sijil Akademik & Dokumen

Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan beserta 1 salinan.
  2. Sijil kelahiran pemohon beserta 1 salinan.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa – 1 salinan.
  4. Sijil berhenti sekolah beserta 1 salinan.
  5. Penyata/SijilSPM/SVM/SKM/Transkrip Diploma beserta 1 salinan

Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress

[Sudah Baca?] Pengambilan Calon Lepasan SPM Sebagai Pegawai Kadet UPNM 2019

Keistimewaan Menyertai Pengambilan Perajurit Muda TLDM

perajurit muda tldm

Senarai Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)

  • Electrical and Electronic Engineering
  • Electrical Engineering (Mechatronics / Green Energy / Industrial Electronic / Power Electronic / Control and Instrumentation)
  • Electronics Engineering (Communication/Control)
  • Engineering in Electromechanical Installaion and Maintenance.
  • Engineering in Mechanical Design and Development.
  • Engineering in Electronic Communication (Marine)
  • Engineering in Microelectronic.
  • Mechanical Engineering (Automotive/Automation/Refrigeration & Air Conditioning/Manufacturing/Automotive Manufacturing Design/Product Design/Material)
  • Mechatronic Engineering

Pusat-Pusat Dan Tarikh Pemilihan Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Kepada pemohon yang berminat untuk sertai pengambilan Perajurit Muda TLDM, anda boleh ikuti pemilihan di beberapa pusat-pusat yang terpilih diseluruh negara.

Waktu pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00 – 8.30 pagi dengan memakai pakaian sukan dan berkasut sukan ketika temuduga.

perajurit muda tldm

Untuk maklumat penuh berkaitan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Lepasan SPM dan Diploma, anda boleh lawati laman sesawang www.navy.mil.my

Untuk perhatian : Sel Pengambilan LLP
email : pengambilantldm@navy.mil.my
Tel : 03-20713303 / 3177

Sekolah Di Negeri Pahang Cuti Pada 29 Julai 2019

2
negeri pahang

Pemakluman awal daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dimana, semua sekolah di Negeri Pahang akan bercuti pada 29 Julai 2019 iaitu pada hari Isnin.

Seperti yang dimaklumkan di ruangan facebook Menteri Besar Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy, telah memutuskan agar Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Pahang ditetapkan selama dua hari pada 30 dan 31 Julai 2019 (Selasa & Rabu).

[Sudah Baca?] Cuti Sekolah Sempena Perayaan 2019

Ia adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai juga ialah Hari Pertabalan Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

negeri pahang

Pemakluman Cuti Berganti Bagi Semua Sekolah Di Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa 29 Julai 2019 (Isnin) ialah cuti berganti bagi semua sekolah di Negeri Pahang. Gantian hari persekolahan tersebut adalah pada 27 Julai 2019 (Sabtu).

Jadi warga pendidik dan juga pelajar sekolah khususnya di Negeri Pahang akan bercuti pada 29,30 dan 31 Julai 2019 bersamaan Isnin, Selasa dan Rabu.

negeri pahang

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, hubungi Tuan Haji Che Wan Mohd Amil Bin Che Wan Sulaiman di talian 09-5715735

Harga Baru Produk Petroleum Bermula 13 Julai – 19 Julai 2019

1
petroleum

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga baru bagi produk petroleum.

Bermula pada 13 Julai sehingga 19 Julai 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.57 (NAIK 4 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals

0
myschoolgoals

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals bakal dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya bagi menyahut saranan Kerajaan Negeri memperkasakan budaya membaca.

Festival julung kali diadakan ini bakal mengetengahkan tiga komponen utama iaitu FokusBaca, Pertandingan Terbuka Rakan Strategik dan FokusMomen.

Bila Festival Antarabangsa #MySchoolGoals Akan Diadakan?

Festival ini akan diadakan pada 29 Julai 2019 iaitu pada pagi Isnin bermula jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang.

Seperti maklumat di atas, terdapat 3 komponen utama akan berlangsung sepanjang festival ini. Bagi FokusBaca membawa tiga program utama didalamnya, antaranya program bertukar buku terbesar di Malaysia dan Pesta Buku Remaja yang terbuka kepada semua sekolah di Malaysia serta Asia Tenggara.

[Sudah Baca?] Johan Keseluruhan Guru Inovatif Tahun 2019 telah dianugerahkan kepada Cikgu Julianty Idris, Dengan ciptaan Beezy Whizzy

myschoolgoals

Manakala Pertandingan Terbuka Rakan Strategik (FokusTanding) mengadakan pelbagai pertandingan menarik seperti laporan berita melalui Instagram dan pertandingan menghasilkan video pendek.

myschoolgoals

Sementara itu, bagi FokusMomen yang berkolaborasi dengan Tourism Selangor bakal mempromosikan produk pelancongan serta budaya masyarakat tempatan khususnya di negeri ini (Selangor).

myschoolgoals

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals ini yang diadakan di SMK TTDI Jaya menyasarkan lebih 500 penyertaan dalam pertandingan itu dan dimeriahkan dengan kehadiran 3,000 pengunjung. Pelajar yang menyertai pertandingan ini turut berpeluang memenangi sijil diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat antarabangsa.

Festival Antarabangsa #MySchoolGoals menerima sokongan penuh McDonalds Malaysia, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dan Tourism Selangor.

Selain 3 komponen itu, juga terdapat 2 kali acara lain seperti FokusAnugerah bagi sesi malam dan juga FokusEduTourism iaitu acara mempelajari dan ketahui tempat-tempat menarik yang ada di Selangor untuk anda lawati.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.myschoolgoals.com.

Bayar Denda Menggunakan Botal Minuman

0
bayar denda

Mungkin kita pernah mengalami kelewatan bagi memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan dan sekali gus kita disuruh bayar denda. Mungkin di setiap perpustakaan berbeza jumlah dendannya. Tidak kira lah sama ada di perpustakaan awam mahupun perpustakaan di universiti atau sekolah.

Kadang-kadang mungkin sebagai pelajar, kita masih lagi mahu menggunakan buku yang dipinjam di perpustakaan sehingga lupa untuk memulangkan semula di perpustakaan. Atau mungkin juga hilangkan terus buku tersebut, jadi bayar denda la jawabnya. Terbanglah wang ringgit bukan.

bayar denda ump

Tetapi tahukah anda, di sebuah universiti di pantai timur. Mereka mengenakan bayar denda kepada pelajar yang lewat pemulangan bahan bacaan ke perpustakaan bukan dengan bayaran wang tetapi menggunakan botol minuman sahaja. Ya benar!

[Sudah Baca?] 6 Universiti Malaysia Antara 100 Yang Terbaik Di Dalam UI Universiti GreenMetric World Ranking

Bayar Denda Menggunakan Botol Minuman Di Universiti Malaysia Pahang

Universiti tersebut adalah, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Gambang dan Pekan. Perpustakaan UMP membenarkan bayar denda lewat pemulangan bahan bacaan menggunakan botol minuman plastik atau tin sejajar menjayakan program Waste4Fine.

bayar denda botol minuman

Program itu ialah sebagai usaha menyokong inisiatif pelaksanaan amalan hijau ke arah pencapaian Penarafan UI Greenmetrics yang dijalankan di universiti berkenaan.

Dari segi bayaran menggunakan botol plastik ini “Kadar diskaun yang tinggi ditawarkan oleh pihak perpustakaan iaitu bagi setiap botol untuk pembayaran denda di mana bagi botol bersaiz kurang dari 1000 ML akan mendapat diskaun 10 sen, manakala botol bersaiz melebihi 1000 ML dengan harga 20 sen.

Sempena program Waste4Fine ini, hari pembayaran menggunakan botol minuman berkenaan hanya dihadkan pada setiap rabu mengikut jadual operasi perpustakaan Universiti Malaysia Pahang sendiri.

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json