advertisement

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanah air yang berkelayakan dan berminat bagi menyertai pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 220/19 untuk lepasan SPM/SVM/SKM (lelaki dan wanita) dan juga lepasan Diploma Kejuruteraan (lelaki).

Kelayakan Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 @ 3 dalam bidang berkenaan – Kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM/SVM),
  4. Tugas Khusus – Diploma dalam bidang tertentu (Rujuk senarai Diploma) dan Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat SPM

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 23 Oktober 2019
  3. Taraf perkahwinan – Bujang (Tidak pernah berkahwin)
  4. Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  5. Tahap kesihatan – sihat, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit kronik seperti lelah dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  6. Tahap pendengaran – Kebolehan mendengar dengan baik tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran.
  7. Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Pemohon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan dipertimbangkan
  8. Syarat minimum ukuran fizikal

pengambilan perajurit muda tldm

Sijil Akademik & Dokumen

Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan beserta 1 salinan.
  2. Sijil kelahiran pemohon beserta 1 salinan.
  3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa – 1 salinan.
  4. Sijil berhenti sekolah beserta 1 salinan.
  5. Penyata/SijilSPM/SVM/SKM/Transkrip Diploma beserta 1 salinan

Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress

[Sudah Baca?] Pengambilan Calon Lepasan SPM Sebagai Pegawai Kadet UPNM 2019

Keistimewaan Menyertai Pengambilan Perajurit Muda TLDM

perajurit muda tldm

Senarai Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)

  • Electrical and Electronic Engineering
  • Electrical Engineering (Mechatronics / Green Energy / Industrial Electronic / Power Electronic / Control and Instrumentation)
  • Electronics Engineering (Communication/Control)
  • Engineering in Electromechanical Installaion and Maintenance.
  • Engineering in Mechanical Design and Development.
  • Engineering in Electronic Communication (Marine)
  • Engineering in Microelectronic.
  • Mechanical Engineering (Automotive/Automation/Refrigeration & Air Conditioning/Manufacturing/Automotive Manufacturing Design/Product Design/Material)
  • Mechatronic Engineering

Pusat-Pusat Dan Tarikh Pemilihan Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Kepada pemohon yang berminat untuk sertai pengambilan Perajurit Muda TLDM, anda boleh ikuti pemilihan di beberapa pusat-pusat yang terpilih diseluruh negara.

Waktu pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00 – 8.30 pagi dengan memakai pakaian sukan dan berkasut sukan ketika temuduga.

perajurit muda tldm

Untuk maklumat penuh berkaitan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Lepasan SPM dan Diploma, anda boleh lawati laman sesawang www.navy.mil.my

Untuk perhatian : Sel Pengambilan LLP
email : pengambilantldm@navy.mil.my
Tel : 03-20713303 / 3177

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here