advertisement
Home Blog Page 7

Pelajar Bakal Menerima 50,000 Peranti CERDIK Pada Pada Akhir Mei Ini

0
CERDIK

CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti (komputer) mereka pada akhir bulan Mei 2021 ini.

CERDIK merupakan sebuah inisiatif jangka panjang yang menyediakan akses digital untuk pendidikan dan merangkumi 2 komponen utama iaitu akses kepada peranti dan kesalinghubungan data.

BACA : (Kemaskini) YTL Foundation Tawarkan SIM Kad YES 4G Kepada Universiti Terpilih

Program ini merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

CERDIK

CERDIK Sasarkan 100,000 Peranti Lagi Menjelang Akhir September 2021

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2021 berkaitan 150,000 peranti (komputer) untuk pelajar sekolah, CERDIK menyasarkan 50,000 peranti akan diedarkan pada akhir Mei 2021 manakala 100,000 peranti lagi dijangka selesai pada akhir bulan September 2021.

Selain itu, 1000 komputer riba telah pun disampaikan kepada pelajar yang layak sebelum ini. Kesemua peranti ini dibiayai penuh oleh GLC/GLIC dan penderma korporat yang antara terlibat dalam Program CERDIK termasuk :

  • Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan kumpulan syarikatnya
  • Yayasan PETRONAS (YP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan kumpulan syarikatnya,
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kumpulan syarikatnya serta
  • Lembaga Tabung Haji

Peranti ini juga telah disahkan untuk penaikan taraf perisian (software upgrades) untuk sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi pelajar boleh menggunakannya dalam tempoh yang lebih lama.

  • CERDIK
  • CERDIK

Diharap para pelajar yang menerima bantuan ini melalui program CERDIK ini dapat menggunakan sebaiknya peranti yang diberi terutamanya ketika PdPR.

Semua Sekolah Di Zon Merah Di Sarawak Diarah Tutup – Ketua Menteri Sarawak

0
penutupan semua sekolah

Kesemua sekolah yang berada di zon merah COVID-19 di Sarawak diarah tutup selama 14 hari bermula esok, 20 April 2021.

Arahan penutupan sekolah ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pada sidang media penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada hari ini.

zon merah - ketua menteri sarawak

18 Daerah Di Zon Merah Terlibat Bagi Penutupan Sekolah Di Sarawak

Penutupan sekolah ini melibatkan 18 daerah yang diletakkan dalam zon merah daripada 40 daerah yang berada di sarawak bermula 20 April hingga 3 Mei 2021 (14 hari).

Antara daerah yang yang dikategorikan sebagai zon merah ialah Belaga, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Manakala lagi terdapat 5 daerah pada zon jingga, 12 daerah pada zon kuning dan 5 pada zon hijau.

Menurut laporan Berita Harian Online, keputusan penutupan sekolah ini diambil selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mendapati berlakunya banyak jangkitan di kawasan sekolah.

BACA : Sesi Persekolahan Di 9 Daerah Di Sarawak Tangguh Selama 2 Minggu

Lapornya lagi, jangkitan tersebut ada dibawa oleh ibubapa kepada anak, malah ada juga kes jangkitan dibawah oleh guru.

Sekolah, Institusi Pendidikan Di 7 Daerah PKP Di Kelantan Ditutup 7 Hari Sehingga 24 April

0
penutupan semua sekolah

Semua sekolah dan institusi pendidikan di 7 daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan diarahkan tutup selama 7 hari sehingga 24 April.

Keputusan ini diumumkan melalui surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Negeri Kelantan diadakan pada petang 17 April 2021 yang lalu.

Penutupan Sekolah Dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Di Negeri Kelantan

Melalui keputusan tersebut, semua sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di 7 jajahan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup bagi tempoh 7 hari mulai 18 hingga 24 April 2021.

Selain itu, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama selama tempoh penutupan ini berlangsung.

Penutupan ini juga melibatkan tadika termasuk tadika swasta yang berdaftar dengan KPM seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

BACA : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Justeru itu, bagi sekolah yang ditutup perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Rabu lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan 7 daerah di dikenakan PKP bermula 16 hingga 29 April 2021 iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Permohonan Biasiswa/Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021 Kini Dibuka

0
yayasan terengganu

Perhatian kepada para pelajar khususnya rakyat negeri Terengganu Darul Iman dimana permohonan bagi Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu kini telah dibuka untuk tahun 2021.

BACA : Biasiswa, Pinjaman, Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Jadi kepada para pelajar dari Terengganu yang memenuhi syarat-syarat Kerakyatan dan Kelayakan Akademik yang ditetapkan, anda boleh memohon Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran tahun 2021 dibawah 3 program yang ditawarkan iaitu :

  • Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) tahun 2021
  • Biasiswa Program Perakauan Profesional ACCA tahun 2021
  • Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama dalam Bidang Al-Quran wal Qiraat tahun 2021.

Permohonan Biasiswan Dan Pinjaman Yayasan Terengganu Tahun 2021

Permohonan Biasiswa dan Pinjaman Yayasan Terengganu tahun 2021 ini boleh dibuat bermula hari ini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 18 April 2021, jam 12 tengah. Pemohon boleh klik pautan dibawah

Anda perlu Login terlebih dahulu sebelum memohon. Jika tiada akaun, anda boleh daftar dengan klik pada butang ‘Daftar Akaun’ untuk pendaftaran buat kali pertama.

biasiswa yayasan terengganu

Syarat Umum Permohonan

Antara syarat umum yang perlu ada pada setiap pemohon bagi melayakkan permohonan ini adalah :

  • Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul  Iman  berdasarkan  kepada  salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi telah menetap selama tidak kurang dari sepuluh (10) tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon/ibu/bapa/penjaga mengundi di Terengganu
  • Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja
  • Keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40)

Penawaran biasiswa atau pinjaman Yayasan Terengganu ini kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat akademik, anda boleh pergi ke portal Yayasan Terengganu atau website https://www.yt.gov.my/biasiswa-yayasa-terengganu

Peperiksaan SPM 2020 Sesi Kedua Bermula 6 – 23 April. Ini Jadual Penuh Peperiksaan.

0
jaduap peperiksaan mpm

Peperiksaan SPM 2020 sesi kedua akan dilaksanakan pada 6 April hingga 23 April 2021. Disini disertakan juga jadual waktu peperiksaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi kedua dan sedia dimuat turun.

Peperiksaan SPM 2020 Sesi Kedua ini adalah bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada 22 Februari hingga 25 Mac 2021 sebelum ini kerana disahkan positif COVID-19 atau bagi calon yang terpaksa menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh KKM.

BACA : Tarikh Dan Jadual Penuh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020

Bagi peperiksaan sesi kedua ini, ianya hanya melibatkan 2,969 calon yang akan menduduki pepeperiksaan SPM tersebut di 197 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Peringatan Untuk Calon SPM 2020 Sesi Kedua

Calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Calon juga perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang dikeluarkan oleh KPM.

Selain itu, calon juga perlu patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak COVID-19

Jadual Peperiksaan SPM 2020 Sesi Kedua

Calon perlu merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kerta peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon boleh dapatkan jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan atau klik butang dibawah

Tarikh Tutup Permohonan UPUOnline Dilanjutkan Sehingga 7 April 2021

0
upuonline

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini bersetuju dimana permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 7 April 2021 jam 5.00 petang bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Awam Tinggi (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2021.

Keputusan ini dibuat selepas sikap prihatin atas kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Setaraf.

Permohonan UPUOnline Dilanjutkan

permohonan upuonline dilanjutkan

Diharap dengan keputusan ini, pemohon dapat lebih masa bagi membuat permohonan UPUOnline yang boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my sehingga tarikh tutup yang baru iaitu 7 April 2021 (jam 5.00 petang)

Sebelum ini, pada awalnya, permohonan bagi UPUOnline yang telah dibuka sejak 4 Januari lalu dijadualkan akan tamat pada 31 Mac bagi SPM, STPM, Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta lepasan matrikulasi serta lepasan diploma

Jadual Penuh Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Bermula 29 Mac Ini

0
peperiksaan

Anda boleh dapatkan jadual penuh waktu peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang akan bermula 29 Mac 2021 tidak lama lagi. Terutamanya bagi calon peperiksaan sendiri serta barisan pengajar dan ibubapa.

Untuk maklumat, peperiksaan bertulis bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan bermula pada 29 Mac hingga 7 April 2021. Kali ini ianya melibatkan sertama 7,277 orang calon yang berdaftar pada 236 pusat peperiksaan yang dibuka seluruh negara.

BACA : Tarikh Dan Jadual Penuh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020

Peringatan Kepada Calon Peperiksaan

Sila bawa dokumen seperti dibawa ke pusat peperiksaan:

  • Dokumen pengenalan diri
  • Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan DAN
  • Borang Deklarasi Saringan COVID-19

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2020

Diharap kepada semua calon untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak COVID-19.

Untuk semua calon, anda boleh rujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung. Jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dapatkan di portal Lembaga Peperiksaan atau klik pautan dibawah

sijil tinggi agama malaysia

Semoga berjaya admin ucapkan dan peroleh pangkat mumtaz kepada semua calon STAM 2020

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dan PPC Sesi 2021 Kini Dibuka

0

Untuk makluman, permohonan bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru KPM bagi sesi ambilan 2021 kini telah dibuka sehingga 15 April 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Selain itu, KPM juga mempelawa warganegara Malaysia lulusan SPM tahun 2020 sahaja yang berkelayakan untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke luar Negara.

program ijazah sarjana muda

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Tahun 2021

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi sesi ambil 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) tanpa melalui UPUOnline dengan layari laman web KPM atau klik pautan dibawah mulai 15 Mac hingga 15 April 2021

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu;
    • Sejarah; dan
    • Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Sekolah Kebangsaan (SK)

BILBIDANG PENGKHUSUSANBILBIDANG PENGKHUSUSAN
1Bahasa Melayu Pendidikan
Rendah
9Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua
Pendidikan Rendah (TESL)
10Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah
3Matematik Pendidikan
Rendah
11Pendidikan Awal Kanak
Kanak
4Sains Pendidikan Rendah12Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran
5Sejarah Pendidikan Rendah13Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran
6Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
14Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan
7Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
15Bimbingan dan Kaunseling
8Pendidikan Muzik Pendidikan
Rendah
16Bahasa

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

BILBIDANG PENGKHUSUSANBILBIDANG PENGKHUSUSAN
1Bahasa Melayu Pendidikan
Rendah
9Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua
Pendidikan Rendah (TESL)
10Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah
3Matematik Pendidikan
Rendah
11Pendidikan Awal Kanak
Kanak
4Sains Pendidikan Rendah12Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran
5Sejarah Pendidikan Rendah13Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran
6Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
14Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan
7Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah15Bimbingan dan Kaunseling
8Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah16Bahasa Cina Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

BILBIDANG PENGKHUSUSANBILBIDANG PENGKHUSUSAN
1Bahasa Melayu Pendidikan
Rendah
9Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua
Pendidikan Rendah (TESL)
10Pendidikan Islam Pendidikan
Rendah
3Matematik Pendidikan
Rendah
11Pendidikan Awal Kanak
Kanak
4Sains Pendidikan Rendah12Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran
5Sejarah Pendidikan Rendah13Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran
6Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
14Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan
7Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
15Bimbingan dan Kaunseling
8Pendidikan Muzik Pendidikan
Rendah
16Bahasa Tamil Pendidikan
Rendah

Untuk maklumat lanjut dan segala butiran berkaitan PISMP, boleh pergi ke laman web KPM www.moe.gov.my/iklan-pismp-dan-ppc-2021

Permohonan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) Tahun 2021

Untuk permohonan calon guru bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PCC) boleh dibuat bermula 15 Mac hingga 15 April 2021 dengan klik pautan dibawah

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 sahaja

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang Bahasa Arab (Lughah)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.

Bidang Pengajian Islam

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM

Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM

Untuk maklumat lanjut dan segala butiran berkaitan PPC, boleh pergi ke laman web KPM www.moe.gov.my/iklan-pismp-dan-ppc-2021

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2021 Kini Dibuka (KPM)

0
program matrikulasi

Bagi pelajar lepasan SPM, kini anda boleh mula mohon kemasukan Program Matrikulasi untuk sesi 2021. Permohonan boleh dibuat secara online di website Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sedikit berbeza pada sesi ambilan kali ini. Kebiasaanya permohonan kemasukan program Matrikulasi dimohon melalui UPUOnline. Tapi tidak untuk sesi ambil 2021. Pelajar yang berminat boleh terus memohon di website KPM secara percuma.

BACA : Tidak Perlu Bayar Bagi Proses UPUOnline Sesi 2021/2022

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2021

program matrikulasi

Pelajar yang berminat, boleh mula mohon pada 15 Mac hingga 15 April 2021. Permohonan dibuat secara online di website KPM atau klik pautan dibawah. Permohonan percuma!

Jurusan Yang Ditawarkan

  • Jurusan Sains (Hayat, Fizikal, Sains Komputer)
  • Jurusan Kejuruteraan (Asas, Awam, Elektrik & Elektronik, Mekanikal)
  • Jurusan Perakaunan (Perakaunan dan Perakaunan Profesional)

Syarat Permohonan

Syarat Am

  1. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  2. Warganegara Malaysia
  3. Merupakan calon SPM tahun semasa

Syarat Minimum

Jurusan Sains
  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Fizik / Biologi – C
  • Kimia – C
Jurusan Perakaunan
  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – C
  • Sejarah – Lulus
  • Bagi mana-mana 3 mata pelajaran – C
Jurusan Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Fizik – C
  • Kimia – Lulus
  • Bagi mana-mana 1 mata pelajaran – C
Jurusan Perakaunan Profesional
  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – A-
  • Matematik – A
  • Sejarah – Lulus
  • Matematik Tambahan – C
  • Bagi mana-mana 3 mata pelajaran – A
syarat permohonan program matrikulasi

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyambung pelajar ke peringkat Matrikulasi selepas ini.

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json