advertisement
Home Blog Page 49

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 26 Januari – 1 Februari 2019

0

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 26 Januari - 1 Februari 2019

Bermula pada 26 Januari sehingga 1 Februari 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.28 (SAMA)
RON 95 : RM1.98 (SAMA)
DIESEL :RM2.17 (NAIK 1 SEN)


sumber : MYKPDNHEL

Hebahan Keputusan Peperiksaan Melalui Aplikasi UiTM Digital Campus

0

Musim peperiksaan semester bagi Universiti Awam telah pun selesai dan kini pelajar sibuk bercuti penggal semester. Tetapi dalam beberapa minggu yang akan datang, permulaan semester baru akan bermula dan sudah tentunya disusuli dengan keputusan peperiksaan akhir semester sebelumnya.

Jadi Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengumumkan bermula 15 Februari 2019 ini, keputusan akhir akan diumumkan melalui aplikasi iStudent SAHAJA dan tidak lagi melalui email setiap pelajar. (tiada lagi email dari Mr.Salam)
Berikut adalah cara untuk memuat turun aplikasi UiTM iStudent melalui UiTM Digital Campus:
  1. Muat turun aplikasi UiTM Digital Campus di : Android | iOS
  2. Log in menggunakan Student ID dan password iLearn anda
  3. Pilih menu ‘My Digital Apps’ dan tekan install pada iStudent
  4. Pilih platform Android atau iOS dan muat turun aplikasi UiTM iStudent. Seterusnya ikut langkah seperti dalam infografik
hebahan keputusan peperiksaan melalui aplikasi uitm digital campus
Semoga semua warga UiTM lebih cakna dengan teknologi baru yang digunapakai selepas ini. Dan juga semoga berjaya kepada warga UiTM khususnya dan pada warga universiti-universiti lain juga yang akan ketahui keputusan akhir peperiksaannya nanti.

Pendidikan Untuk Semua

Hebahan Tarikh Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020

0

Berita baik bagi lepasan SPM dan juga STPM/Setaraf di mana pihak KPM telah mengeluarkan tarikh-tarikh penting bagi Permohonan UPUOnline bagi sesi Akademik 2019/2020. Jadi kepada pemohon yang berkaitan boleh sudah siapkan segala maklumat yang diperlukan sehingga tarikh permohonan di buka kelak
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2019/2020 ini bagi kemasukan Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
hebahan tarikh permohonan upuonline sesi akademik 2019/2020

Permohonan UPUOnline akan dibuka pada 25 Februari 2019 pada jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 2 April 2019 pada jam 11.59 malam (Tertakluk pindaan). Segala permohonan di buat atas talian di pautan www.upu.moe.gov.my

Bagi kategori pemohon adalah seperti berikut:

  • Lepasan STPM/Setaraf (Permohonan bagi kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA)
    • Yang layak pemohon; STPM 2018, Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM 2018/2019
  • Lepasan SPM (Permohonan bagi kemasukan Asasi dan Diploma di UA, Politeknik, Sijil KK dan ILKA)
    • Bagi lepasan SPM 2016, 2017 dan 2018
Permohonan UPUOnline mesti lah diikuti dengan Nombor Unik ID yang boleh diperolehi di BSN.
  • Pembelian boleh mula dibuat pada 25 Februari 2019 sehingga 1 April 2019
  • Dengan harga RM15.60
  • Boleh di beli di Kaunter BSN, mesin ATM BSN atau melalui Perbankan Internet (myBSN)
  • Anda hanya perlu sediakan Nama dan No Kad Pengenalan sahaja


Sebarang pertanyaan:
portal rasmi : https://upu.moe.gov.my
Talian Hotline : 03-88708200

Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2019/2020

0

Pada 17 Januari yang lepas, keputusan STAM telah diumumkan secara rasminya bagi seluruh negara. Jadi berita baik untuk lepasan STAM, lepasan SPM dan juga Diploma Qiraat di mana permohonan bagi melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Sesi 2019/2020 telah pun di buka.
permohonan melanjutkan pengajian ke timur tengah bagi sesi 2019/2020
Permohonan secara atas talian telah pun di buka pada 22 Januari 2019 (Selasa) pada pukul 3 petang. Tetapi tarikh tutup berbeza iaitu; 
  • Bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tarikh akan ditutup pada 31 Januari 2019 iaitu Khamis pada pukul 11.59 malam 
  • Manakala lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat akan ditutup pada 8 April 2019 bersamaan hari Isnin pada pukul 11.59 malam 
Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2019/2020 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan di bawah

Bagi lepasan SPM, selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu 8 April 2019 seperti tarikh diberi tahu di atas.
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Segala prosedure dan panduan permohonan anda boleh dapatkan di link di pautan di bawah
Klik Pautan Ini

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226 
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : mhashimah.yusof@moe.gov.my/khairul.samsudin@moe.gov.my 
Fb : Education Malaysia Division

Pendidikan Untuk Semua

Tawaran Kepada Guru Yang Ingin Menyambung Pelajaran Ke Peringat Ijazah Sarjana Dan Kedoktoran 2019

1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

tawaran cuti belajar penuh bagi sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran 2019
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan. 
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
Segala syarat dan cara permohonan anda boleh layari portal rasmi epenawaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):
Telefon (hotline): 03-8888 1616
E-mel : epenawaran@moe.gov.my

Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
Telefon (hotline): 03-8884 3717 / 03-8884 3572
E-mel : helpdesk@moe.gov.my
Pendidikan Untuk Semua

Big Bad Wolf Akan Tiba di UMP, Gambang, Pahang

1

Big Bad Wolf (BBW) adalah sebuah pameran buku yang di adakan di Malaysia. Selain daripada itu, di Thailand, Indonesia, Filipina juga diadakan pameran buku BBW ini. Buku-buku itu diambil secara besar-besaran dari stok BookXcess, sebuah kedai buku yang berurusan dengan buku-buku berlebihan para pengedar antarabangsa. Penjualan itu adalah idea dari pengasas BookXcess Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Ia pertama kali diadakan pada 13-18 Mei 2009 selama 5 hari di Dataran Hamodal, Petaling Jaya.
Bad Bad Wolf  menjual semua jenis genre buku, seperi buku fiksyen, bukan fiksyen, novel, kesusasteraan, kesusasteraan kanak-kanak dan fiksyen dewasa muda. Ia juga menjual barangan termasuk buku dan poster, wall paper, poster filem dan macam-macam lagi.
Jadi sempena sambutan tahun ke-10 BBW, mereka akan singgah di beberapa negeri untuk pameran dan jualan ini. Persinggahan yang pertama, mereka akan berada di Pahang.
Tarikh : 28 Februari – 10 Mac 2019
Bertempat : Universiti Malaysia Pahang, Gambang
Masa : 10 Pagi – 12 Tengah Malam
Diskaun sehingga 75-95%
big bad wolf book sale kini di Pahang

Seperti yang diberitahu di atas, sempena tahun ke-10 ini. Big Bad Wolf akan singgah di 3 negeri iaitu Pahang, Johor dan Kuching, Sarawak. Jadi untuk tarikh seperti yang terpapar di poster di bawah dan di mana akan di adakan, mereka akan bagi tahu kemudian. Jadi untuk  tempat seterusnya, anda boleh ikut pengumuman terus daripada facebook rasmi Big Bad Wolf

big bad wolf book sale kini di Pahang

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke UMK Ambilan Februari Sesi 2018/2019

1

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengumumkan berkaitan dengan keputusan permohonan kemasukkan ke UMK bagi Semester Februari Sesi 2018/2019. Ini merupakan kemasukan atau ambilan kedua selepas ambilan pertama yang di buat pada September 2018 sebelum ini.
Hanya beberapa universiti yang menyediakan atau membuat ambilan kedua ini. Artikel sebelum ini, admin ada kongsikan di mana UUM juga telah mengeluarkan keputusan permohan bagi ambilan Februari 2019. Semua permohonan ini dibuat melalui sistem dalaman Universiti sendiri tanpa melalui pihak UPU.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke UMK Ambilan Februari Sesi 2018/2019

Bermula pada 21 Januari 2019 (Isnin) pada 12 tengah hari, anda boleh membuat Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar Ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bagi Semester Februari Sesi 2018/2019. Ianya boleh disemak sehingga 14 Februari 2019. Anda boleh semak dengan klik pada link di bawah ini:

Klik Link Di Sini

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi pihak UMK
Telefon : 09-779 7003/7010/7028
Facebook rasmi : Bahagian Pentadbiran Akademik UMK

Pendidikan Untuk Semua

Antara Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru

1

Musim persekolahan sudah pun bermula hampir 1 bulan. Pastinya sesi pembelajaran dan pengajaran telah bermula dengan jayanya antara pelajar dan pengajaran atau cikgu. Sudah tentu segala ilmu yang dikongsikan serta dicurahkan kepada pelajar-pelajar diamati dan dipelajari dengan sungguh-sungguh.

Kesungguhan para guru pastinya tidak berbelah bahagi antara pelajar di dalam kelas. Sudah pastinya guru memberi yang terbaik supaya ilmu yang disampai akan sampai kepada pelajar-pelajar mereka. Kesungguhan ini mungkin kita boleh tenung sejenak dengan peristiwa cikgu yang hilang sebelum ini. Beliau sangguh memandu hampir 300km sehari ulang alik daripada sekolah dan rumah demi pendidikan anak muridnya. Mungkin pihak KPM boleh menempatkan semula cikgu tersebut ke sekolah yang lebih hampir dengan rumahnya yang katanya kini menjaga ayahnya yang sedang sakit.

Antara Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru

Guru-guru perlulah menyiapkan segala segi bentuk sebelum menjadi seorang pendidik yang berjaya.
Jadi sekadar perkongsian daripada (The Education Performance and Delivery Unit, PADU) yang mana ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang Guru bagi mendidik anak bangsa.
  1. Peribadi – Instan teladan yang mengambil berat tentang pelajar
  2. Pengetahuan & Kemahiran – Pakar dalam mengajar subjek dan mahir dalam mengurus dan menyelesaikan masalah
  3. Hasil Kerja – Menambah baik prestasi pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara
  4. Komunikasi – Kemahiran komunikasi yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi
  5.  Potensi – Ciri-ciri berwawasan, proaktif, inisiatif, responsif dan inovatif diterapkan dalam diri
  6. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara – Menyediakan perspektif dan idea baharu untuk menambahbaikan kualiti pendidikan negara

Pendidikan Untuk Semua

Cara Untuk Belajar Kerana Allah

0

Melalui pemerintahan kerajaan baru sekarang, melalui Menteri Pendidikan sendiri berkata di mana setiap kanak-kanak layak diberi pendidikan atau bersekolah walaupun mereka tiada dokumen pengenalan sekali pun. Jadi pendidikan untuk semua di aplikasikan di Malaysia ini.
Pendidikan di pada umumnya dibahagikan kepada pendidikan di Sekolah dan juga Pengajian Tinggi. Bila di sekolah terdapatnya peringkat Sekolah Rendah dan Menengah manakala di Pengajian Tinggi, sudah pastinya peringkat Universiti ada pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Muda dan sehinggalah peringkat Phd.
Rata-rata antara kita mendapat pendidikan bermula di sekolah dan mungkin tidak mampu untuk sambung ke peringkat pengajian tinggi dan ada yang mampu. Tetapi adakah pernah kita rasa atau tanya diri kita, kenapa kita belajar? Ada yang jawab sebab mencari ilmu, sebab suka belajar, sebab nak cari kawan, sebab nak cari kerja dan sebagainya.
Jawapan itu semuanya betul dan boleh digunakan, tetapi sebagai umat Islam yang beriman, keutamaan kita seharusnya adalah sebab kita belajar adalah kerana Allah dan selepas-selepas itu baru la datang sebab-sebab seperti yang disenaraikan di atas. 
Betul, bukan senang sifat ikhlas itu datang ke setiap diri kita. Jadi pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibuh Samahah Dr. Zulkifli ada memberi tunjuk ajar serba sedikit bagaimana cara untuk kita belajar kerana Allah
Cara Untuk Belajar Kerana Allah

Dalam belajar amalkanlah amalan berikut:
  • Betulkan niat belajar ikhlas kerana Allah tanpa mengira exam atau tidak
  • Tidak bertujuan mencabar ulama’/orang yang lebih berilmu/guru atau ingin menunjuk kepada orang jahil yang kita pandai
  • Sanggup berpenat lelah dalam usaha menuntut ilmu
  • Banyakkan membaca buku
  • Contohi tokok ulama’ dalam menuntut ilmu
Untuk penerangan atau bacaan yang lebih lanjut, anda boleh lawati artikel AL-KAFI #987: BAGAIMANA CARA UNTUK BELAJAR KERANA ALLAH di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json