advertisement
Musim persekolahan sudah pun bermula hampir 1 bulan. Pastinya sesi pembelajaran dan pengajaran telah bermula dengan jayanya antara pelajar dan pengajaran atau cikgu. Sudah tentu segala ilmu yang dikongsikan serta dicurahkan kepada pelajar-pelajar diamati dan dipelajari dengan sungguh-sungguh.
Kesungguhan para guru pastinya tidak berbelah bahagi antara pelajar di dalam kelas. Sudah pastinya guru memberi yang terbaik supaya ilmu yang disampai akan sampai kepada pelajar-pelajar mereka. Kesungguhan ini mungkin kita boleh tenung sejenak dengan peristiwa cikgu yang hilang sebelum ini. Beliau sangguh memandu hampir 300km sehari ulang alik daripada sekolah dan rumah demi pendidikan anak muridnya. Mungkin pihak KPM boleh menempatkan semula cikgu tersebut ke sekolah yang lebih hampir dengan rumahnya yang katanya kini menjaga ayahnya yang sedang sakit.
Guru-guru perlulah menyiapkan segala segi bentuk sebelum menjadi seorang pendidik yang berjaya.
Jadi sekadar perkongsian daripada (The Education Performance and Delivery Unit, PADU) yang mana ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang Guru bagi mendidik anak bangsa.
- Peribadi – Instan teladan yang mengambil berat tentang pelajar
- Pengetahuan & Kemahiran – Pakar dalam mengajar subjek dan mahir dalam mengurus dan menyelesaikan masalah
- Hasil Kerja – Menambah baik prestasi pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara
- Komunikasi – Kemahiran komunikasi yang baik dalam menghadapi pelbagai situasi
- Potensi – Ciri-ciri berwawasan, proaktif, inisiatif, responsif dan inovatif diterapkan dalam diri
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara – Menyediakan perspektif dan idea baharu untuk menambahbaikan kualiti pendidikan negara
advertisement
Ciri-ciri ada pada seorang guru