advertisement

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh keputusan STAM 2019 yang akan diumumkan pada 22 Januari 2020. KPM mengeluarkan kenyataan ini di laman facebook rasmi mereka Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebelum ini, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Agama (STAM) telah dijaduakan bermula 21 Oktober hingga 31 Oktober 2019. Jadi selepas hampir 3 bulan peperiksaan selesai, kini calon peperiksaan STAM boleh perolehi keputusan mereka.

Tarikh Keputusan STAM 2019 Diumumkan

Calon boleh memperoleh keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 22 Januari 2020. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Semakan keputusan STAM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip STAMA<jarak>ngkaGiliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 22 Januari 2020 dan akan ditamatkan pada 6 petang 28 Januari 2020.

tarikh keputusan stam 2019

Selain itu keputusan STAM 2019 juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here