advertisement
Home Blog Page 46

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

2
prasekolah

Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka Permohonan Bagi Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 2020. Permohonan ini akan di buka secara atas talian dan yang pastinya ibu bapa yang membuat permohonan bagi untuk anaknya. 

Tarikh Permohonan Kemasukan

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.  

  1. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
  2. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019

Pemilihan Sekolah

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon SATU (1) pilihan sekolah sahaja di laman web rasmi.

>>https://eprasekolah.moe.gov.my<<

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon

Cara Membuat Pendaftaran

  1. Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
  2. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  3. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
  4. Bagi segala perincian permohonan anda boleh dapatkan di Manual Pengguna

PENTING : Borang permohonan (Atas Talian) perlu di cetak dan diserahkan bersama dokumen yang lenkap ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses

Semak Keputusan Permohonan

  1. Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 5 Ogos 2019. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019
  2. Semak Keputusan Rayuan. Semak Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 10 September 2019

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem ePrasekolah sila emelkan kepada  eprasekolah@moe.gov.my

Elaun Pelajar IPG Di Bayar Seperti Biasa

1

Baru-Baru ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee melalui Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan di mana Elaun Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bayar seperti biasa.
Elaun Pelajar IPG Di Bayar Seperti Biasa
Melalui kenyataan Dr Maszlee sendiri daripada facebook rasmi beliau, hasil daripada pelbagai usaha pegawai KPM serta perbincangan dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Elauan Sara Hidup bagi pelajar PISMP sebanyak RM430 sebulan dan juga belanja tambang pergi balik untuk maksimum RM500 sekali setahun
Lebih berita mengembirakan kepada bakal pendidik semua, elaun tersebut akan dibuat bayaran ke akaun pelajar-pelajar IPG selewat-lewatnya akhir Februari

Persiapkanlah diri untuk mendidik anak bangsa. Masa depan negara dicorak oleh kalian semua.

Pendidikan Untuk Semua

UPUPocket Kini Disediakan Untuk Ketahui Maklumat UPUOnline

0
aplikasi upupocket

UPUOnline kini berkembang ke arah lebih maju dengan menyediakan UPUPocket. Ianya merupakan sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh calon yang memohon UPUOnline.

25 Februari 2019 (Isnin) baru ini, secara rasminya permohonan UPUOnline telah dibuka khususnya bagi lepasan SPM dan juga lepasan STPM / Setaraf. Jadi sudah pastinya rata-rata pelajar lepasan SPM sudah mula dapatkan No Unik ID bagi membuat pendaftaran di UPUOnline.

Bagi yang tidak ketahui lagi, keputusan SPM masih lagi tidak lagi diumumkan jadi permohonan awal UPUOnline ini bagi mengemaskini semua maklumat peribadi sehingga tarikh tutup yang diumumkan iaitu 2 April 2019. Jadi selama tempoh ini, pelajar boleh mengemaskini sebanyak mungkin sehingga keputusan SPM diumumkan kelak. Juga bagi lepasan STPM 

Sebagai alternatif, pihak UPUOnline mengeluarkan inisiatif yang lebih mudah kepada pemohon dengan mengeluarkan aplikasi UPUPocket di mana anda boleh akses UPUOnline anda melalui smartphone anda sahaja tanpa membuka laman web rasmi UPU.

Kelebihan aplikasi UPUPocket ini, sudah tentu anda boleh akses permohonan UPUOnline anda bila-bila masa dan dimana sahaja dengan hanya menggunakan aplikasi. 

Kelebihan UPUPocket

Di sini anda boleh membuat semakan kelayakan kemasukan. Selain daripada itu, anda boleh mengetahui status permohonan UPU anda disamping itu anda juga boleh ketahui kuputusan permohonan dan rayuan kelak. Aplikasi juga disediakan ePanduan bagi mengetahui pelbagai informasi berkaitan permohonan UPU ini.

Anda boleh muat turun aplikasi UPUPocket di sini

Pengguna Android : UPUPocket
Pengguna iOS : UPUPocket

upupocket

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 23 Februari – 1 Mac 2019

0

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 23 Februari - 1 Mac 2019

Bermula pada 23 Februari sehingga 1 Mac 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.38 (NAIK 10 SEN)
RON 95 : RM2.08 (NAIK 10 SEN)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM SPMU PAV STAM

2

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan dan menyediakan Takwim Peperiksaan  2019. Jadi kepada pihak sekolah, bolehlah anda mendapatkan maklumat berikut sebagai rujukan dan persediaan sekolah pada tahun 2019 ini.

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM SPMU PAV STAM

Berikut admin sertakan tarikh dan jadual waktu peperiksaan tahun 2019 bagi calon UPSR, PT3, SPM, STAM, SVM dan SPMU.

Tarik-Tarikh Bagi Peperiksaan 2019

Peperiksaan Perkara Tarikh
UPSR
4 – 5 & 10 – 12 September 2019
PT3
30 September – 8 Oktober 2019
PAV
30 September – 2 Oktober 2019
SPMU Ujian Lisan
Ujian Bertulis
3 – 30 Jun 2019
25 – 27 Jun 2019
SPM Ujian Lisan
Ujian Bertulis
3 – 30 Jun 2019
Fasa 1 : 14 – 17 Oktober 2019
Fasa 2 : 2 – 27 November 2019
STAM Ujian Lisan
Ujian Bertulis
23 Julan – 2 Ogos 2019
21 – 23 & 30 – 31 Oktober 2019

Bagi maklumat lanjut berkaitan dengan Takwim Peperiksaan 2019 anda boleh dapatkan di pautan berikut: >Takwim Peperiksaan 2019<

Bagi jadual peperiksaan masih lagi diperingkat Draf yang diberitahu di laman web rasmi Lembaga Peperiksaan. Semoga dengan takwim yang dikeluarkan ini sedikit sebanyak memberi persediaan yang cukup kepada cikgu dan murid bagi menghadapi peperiksaan kelak. 
Kepada pelajar janganlah tunggu dekat peperiksaan bagi mengulangkaji. Bermulalah daripada awal ini, pada awalnya niatkan proses mengulangkaji itu demi mencari ilmu pengetahuan dan akhirnya boleh diimplikasikan ke kertas peperiksaan nanti.
Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Pendaftaran Peperiksaan Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian

0

Pihak Lembaga Peperiksaan, Kementeria Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh mula bagi Permohonan Pendaftaran Peperiksaan Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian. Peperiksaan calon persendirian yang telah dibuka permohonannya adalah Permohonan Pendaftaran Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) untuk tahun 2019 iaitu secara dalam talian.
Permohonan Pendaftaran Peperiksaan Tahun 2019 Bagi Calon Persendirian

Tarikh Permohonan

Calon Persendirian boleh memohon bermula pada 10 Februari 2019 sehingga 10 Mac 2019

Cara Memohon

Permohonan ini dilakukan secara dalam talian iaitu di >sppat.moe.gov.my<

Syarat Bagi Calon Persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  1. Peperiksaan akan berlangsung pada :
    1. Ujian Lisan : 3 – 30 Jun 2019
    2. Ujian Bertulis : Fasa 1 (14 – 17 Oktober 2019) dan Fasa 2 (5 – 2 November 2019)
  2. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan.
  3. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
  4. Membuat permohonan pendaftaran SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 10/02/2019 sehingga 10/03/2019
  5. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN  /PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-
    1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
    2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
    3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
    4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
    5. Bayaran yuran peperiksaan – Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
    6. Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
  6. Buat semakan permohonan pendaftaran SPM di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPM mulai 14/4/2019
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 11/03/2019 sehingga 30/04/2019
  9. Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 24/03/2019
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Syarat Permohonan Calon Persendirian Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

  1. Peperiksaan akan berlangsung pada :
    1. Ujian Lisan : 3 – 30 Jun 2019
    2. Ujian Bertulisan : 25 – 27 Jun 2019
  2. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan.
  3. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
  4. Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 10/02/2019 sehingga 10/03/2019
  5. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-
    1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
    2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
    3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
    4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
    5. Bayaran yuran peperiksaan – Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
    6. Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
  6. Buat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 08/04/2019
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 01/04/2019 sehingga 15/05/2019
  9. Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 01/04/2019
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Pendidikan Untuk Semua

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 Akan Berlangsung Mac Ini

0

Sekarang sedang berlangsung Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf yang dianjurkan oleh pihak Karangkraf manakala Pesta Buku Big Bad Wolf akan bermula di Pahang pada 28 Februari ini diikuti dengan beberapa tempat lagi. 
Pada bulan Mac nanti akan berlaku juga acara tahunan iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) 2019 atau Kuala Lumpur International Book Fair 2019.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 Akan Berlangsung Mac Ini
Maklumat berkaitan dengan PBAKL:
Tarikh : 29 Mac 2019 – 7 April 2019
Masa : 10 Pagi – 9 Malam
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun.
Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.
Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.klibf.my

Tips Permohonan UPUOnline 2019

0

Sudah dibuat pengumuman rasmi sebelum ini di artikel Hebahan Tarikh Permohonan UPUOnline yang memberi tahu bahawa Permohonan UPUOnline akan dibuka pada 25 Februari 2019 ini. Jadi kepada lepasan SPM / STPM / Setaraf bolehlah membuat persediaan untuk membuat permohonan bermula pada tarikh tersebut.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

Jadi sini admin ingin kongsikan 14 Tips Permohonan UPUOnline 2019 yang dikongsikan sendiri oleh pihak UPUOnline. Harap panduan ringkas ini kepada calon-calon dapat memudahkan proses mengemukakan permohonan UPUOnline kelak.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

1.   Pembelian No Unik ID BSN

Sebelum pembelian No Unik ID BSN / No Pin UPU, calon mestilah tahu Kategori Permohonan yang betul. No Unik ID berbeza mengikut kategori. Jangan tersalah beli nanti. Jika tidak anda tidak berjaya untuk membuat pemohonan atau terpaksa beli No Unik ID baru. No pin UPU berharga RM15.60

2.   Kategori-Kategori Permohonan

   2.1   Kategori Permohonan SPM

Lepasan SPM ada dua (2) kategori iaitu Kategori A (SPM tahun semasa) dan Kategori B (SPM dua tahun sebelum tahun semasa). Jadi bagi permohonan Kategori A (SPM 2018) dan Kategori B (SPM 2017 dan 2016)

   2.2   Kategori STPM / Setaraf

Kategori STPM lebih banyak berbanding SPM. Ada dua belas (12)  kategori semuanya :

STPM (Kategori A dan S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (STPM 2018):

Kategori A • Aliran Sastera.
Kategori S • Aliran Sains.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa (2018) seperti pecahan berikut:

Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :
                        – DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
                        – DIPLOMA POLITEKNIK
Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
                        – DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
                        – DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
                        – DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
                        – DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :
                        – A LEVEL
                        – INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
                        – SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
                        – STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
                        – MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
                        – STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
                        – AUSMAT/ SAM / ADFP
                        – FOUNDATION IPTS

Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa (STAM 2018) dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja (STAM 2017)

   2.3   Kenapa pentingnya kategori ini?

Melalui kategori ini calon akan bersaing dalam kumpulan masing-masing. Tawaran program pengajian pula tidak sama terutamanya bagi calon tahun semasa SPM, STPM, PASUM, Asasi UiTM dan Matrikulasi. Pilihan program telah pun ditapis mengikut kelayakan.

3.   Layari Portal Rasmi UPUOnline

Permohonan UPUOnline hanya boleh dikemukakan di Portal Rasmi sahaja upu.moe.gov.my. Segala maklumat 20 Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ada di portal rasmi. Pastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat.

4.   Minat / Kecenderungan

Calon yang kurang pasti akan minat terhadap sesebuah program pengajian boleh berjumpa dengan kaunselor sama ada di sekolah atau universiti sebelum mengemukakan permohonan. Masa inilah peranan kaunselor sangat penting. Rujuk orang yang tepat dan UPUTag di Portal Rasmi UPU.

5.   ePanduan

ePanduan ini adalah Syarat Am & Khas Kelayakan permohonan program pengajian. Calon yang memohon terutamanya bagi calon bukan tahun semasa sangat perlu rujuk dan semak. Sebab apa? Calon bagi kelayakan tersebut tidak ditapis mengikut kelayakan masing-masing

6.   Tambahan Maklumat ePanduan

Boleh tak cuba mohon tapi hanya satu (1) syarat sahaja tak cukup? Tak boleh. Jangan sesekali cuba. Sistem akan terus tolak permohonan program tersebut jika tak lepas syarat. Hanya program yang tak lepas syarat sahaja, bukan tolah semua program.

ePanduan ini ibarat macam ‘Hukuman Mandatori’. Jangan sesekali langgar sekiranya tidak cukup syarat. Perlu akur dan ikut. Semak dengan teliti.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

7.   Isi permohonan UPUOnline

Bila sudah tahu jenis kategori, beli No Pin, tahu minat dan syarat kelayakan kemudian barulah mohon UPUOnline (25 Februari sehingga 2 April 2019). Pastikan anda daftar terlebih dahulu untuk cipta akaun baru. (Sila guna emel persendirian, jangan guna emel UPU)

8.   Wajib Isi Semua (*)

Kemukakan maklumat yang tepat dan betul. UPU akan selaraskan semua maklumat yang dikemukakan dengan JPN, LPM, MPM, KWSP, LHDN dan pelbagai lagi. Oleh itu, jangan sesekali beri maklumat palsu. Bagi yang bertanda (*) wajib diisi kesemuanya

Sebagai contoh, kalau maklumat ibu/bapa tiada No Kad Pengenalan macam mana? Sebab bukan warganegara. Jangan risau, kemukakan maklumat penjaga yang lain seperti bapa/ibu saudara atau sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga sahaja yang mempunyai Kad Pengenalan

9.   Pilihan Program Mengikut Keutamaan

Proses penawaran program melalui sistem UPUOnline akan melihat dari pilihan 1 dan seterusnya seperti yang dikemukakan oleh calon. UPU akan mengutamakan pilihan calon mengikut susunan yang dipohon.

Contoh: Calon yang gagal temuduga pilihan 1 akan terus diproses ke pilihan 2 ke pilihan 3 dan seterusnya. Jadi isi pilihan program ikut keutamaan yang diminati. Hanya 5 sahaja wajib diisi tetapi disarankan ini kesemuanya

10.   Isi Sehingga Lengkap

Permohonan yang dikemukakan hendaklah diisi dengan selengkapnya. Sekiranya ada maklumat wajib (*) yang tidak lengkap, ‘poput’ notifikasi akan keluar di atas borang UPUOnline. Calon Diploma Setaraf perlu memuat naik dokumen penting yang berkaitan.

11.   Klik ‘Sah & Hantar’

Di akhir permohonan calon akan membuat pengesahan maklumat yang dikemukakan tepat dan benar. Pastikan setiap kali kemaskini klik ‘Sah & Hantar”. Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Bila sudah klik baru lah permohonan diterima oleh pihak UPU.

12.   Cetak Slip Permohonan

Seterusnya setelah klik ‘Sah & Hantar’, calon akan mendapat Slip Permohonan yang tertera maklumat permohonan dan pilihan program. Teliti permohonan dengan tepat. Jangan risau sekiranya ada kesilapan, boleh kemaskini semula permohonan.

13.   Simpan Slip Permohonan

Pentingya Slip Permohonan ini sebagai bukti permohonan telah dikemukakan sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang. Untuk makluman, ada juga Universiti Awam yang perlukan Slip Permohonan semasa pendaftaran. Simpan elok-elok.

Macam mana kalau dah kemaskini permohonan? Sebab itu, pentingnya klik ‘Sah & Hantar’. Slip Permohonan terkini dan baru akan tertera. Slip Permohonan ini hanya boleh diperoleh semasa permohonan UPUOnline dibuka sahaja.

14.   Jangan Tunggu Saat Akhir

Isi awal permohonan sampai habis dan hantar permohonan adalah lebih baik. Jika ada perubahan yang hendak dibuat, kemaskini sahaja. Ingat jangan tunggu sehingga saat akhir

Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang (BSM YP) Tahun 2019

0

Setiap tahun Yayasan Pahang (YP) yang bertapak di Kuantan akan memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang atau dipanggil BSM YP. Biasiswa ini diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang bersekolah bantuan Kerajaan di Negeri Pahang

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang (BSM YP) 2019

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi yang layak boleh dibuat dan telah dibuka bermula pada 15 Februari 2019 sehingga 31 Mac 2019

Cara Membuat Permohonan

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan dengan dapatkan Borang Permohonan di sekolah masing-masing.

Syarat Kelayakan

  1. Sekolah yang layak memohon adalah Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang di bawah kelolaan JAIP. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang)
  2. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, atau 
    2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim. 
    3. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. 
  4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  5. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Julai. Jadi kepada anak Pahang khususnya boleh la mula memohon sekarang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Yayasan Pahang berkaitan dengan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json