advertisement
Home Blog Page 38

Semakan Panggilan Ujian MEDSI Program Pendidikan Sesi Akademik 2019/2020

1
panggilan ujian medsi

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik

Semakan layak menduduki Ujian MEDSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon program di UPSI, UTM, UKM, UM, UMS, UTHM, UITM, UPM, UUM, USM, USIM dan UIAM

Jadi anda boleh mula semak pada hari Jumaat bersamaan 10 Mei 2019 bermula jam 5.00 petang. Semakan boleh dibuat di portal rasmi 
 
 
atau 
 
hubungi ditalian : 05-450 6000
 
ujian medsi 2019/2020
infografik rasmi daripada pihak UPUOnline
 
Pendidikan Untuk Semua

 

Sedia Khidmat Penterjemahan, Sudut Bacaan dan Jualan Buku Di Pos Malaysia

0
jual buku di pejabat pos

Melalui perkongsian daripada facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberitahu bahawa Pos Malaysia dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah melancarkan kerjasama strategik untuk menyediakan sudut bacaan, penjualan buku dan khidmat penterjemahan di kaunter Pos Malaysia seluruh negara.

Kerjasama julung kali ini mendapat reaksi positif Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik yang mahukan lebih banyak pihak swasta mengembleng tenaga bersama Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensinya untuk merancakkan lagi kempen #MalaysiaMembaca.

Menurutnya, penyediaan sudut membaca di beberapa pejabat pos merupakan langkah terbaik untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca.

“Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun terfikir pejabat pos boleh menjadi alternatif kepada peepustakaan dan kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.

“Bunyinya agak ironi, namun mungkin tidak mustahil sekiranya pejabat pos menjadi tempat anak-anak kita mengisi masa dengan membaca buku sementara ibu bapa berurusan di kaunter,” katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #MalaysiaMembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, YBrs Syed Md Najib berkata sebagai permulaan bahan terbitan dan khidmat penterjemahan ITBM boleh didapati secara berperingkat di 13 buah pejabat pos besar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kemudahan ini akan diperluaskan ke cawangan-cawangan kecil di setiap daerah dan kawasan pedalaman secara berperingkat.
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan

Semakan Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semester 2 dan 4 Bagi 2018/2019

0
program matrikulasi

Bagi pelajar yang mengikut Program Matrikulasi bagi sesi 2018/2019 dan juga 2017/2019 yang lalu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tarikh bagi menyemak Keputusan Peperiksaan Bagi Semester 2 dan juga Semester 4

Pelajar bagi program Matrikulasi telah melalui peperiksaan bagi semester 2 dan 4 pada April 2019 yang lepas bagi semua bidang sama ada Jurusan Sains, Kejuruteraan dan Perakaunan, Aliran Teknikal Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan juga Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Semester 2 dan 4 bagiSesi 2018/2019, anda boleh mula menyemak keputusan peperiksaan mulai 28 Mei 2019 (Selasa) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:

a)   Secara dalam talian di Laman WEB
 
Masukkan no. matrik + 6 digit terakhir no. KP
(calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)

b)   Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Taip MOE MAK dan hantar ke 15888

c)   Melalui TELEFON

     i.    Kolej masing-masing.
     ii.   Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

Pendidikan Untuk Semua

 

Semakan Keputusan MUET Bagi Sesi 1 2019

0
keputusan muet sesi 1

Malaysia University English Test (MUET) diadakan 3 sesi bagi setiap tahun yang pada kebiasaanya diadakan pada Mac, Jun dan September. Jadi jika anda mahu untuk mendaftar salah satu tarikh anda perlu lihat tarikh pendaftaran dan tarikh tutup yang ditetapkan dipautan ini

Jadi kepada calon (MUET) bagi sesi 1, 2019 yang diadakan pada Mac yang lepas, kini anda boleh peroleh dan membuat semakan keputusan MUET bermula 15 Mei 2019 (Rabu) pada jam 10 pagi.
 
Anda boleh membuat semakan di pautan di bawah:

 

Semakan Keputusan MUET On Demand Bagi Sesi 6 April 2019

0
muet on demand

MUET on Demand (MOD) yang diadakan selepas mendapat permintaan daripada pemohon yang jadualnya berbeza dengan MUET sedia ada yang diadakan 3 tahun sekali. Jadi MOD kali ini telah diadakan pada 27 April 2019 yang lepas. Jadi kepada calon yang ingin ketahui tarikh diadakan MOD dan juga MUET, anda boleh rujuk dipautan ini.

MOD sedikit berbeza daripada MUET biasa dan salah satu perbezaanya adalah, anda akan peroleh keputusan lebih cepat iaitu 2 atau 3 minggu selepas MUET diadakan. Jadi bagi sesi 27 April yang lepas, pada 14 Mei 2019 (Selasa) ini anda sudah mula boleh menyemak keputusan MUET anda bermula jam 10 pagi.
Bagi semua calon MOD, anda boleh membuat semakan di
 

 

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

0
ramadan 2019
Diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca pendidikan4all.net khususnya dan seluruh umat Islam amnya
Semoga Ramahan tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020

0
permohonan rayuan upuonline

Pada 5 Mei 2019 (Hari ini, posting ini dikeluarkan) telah secara rasminya keputusan UPUOnline diumumkan bagi calon lepasan SPM. Rata-rata berpuas hati dengan dapat seperti apa yang dimohon sebelum ini. Tahniah semuanya.

Tetapi dengan jumlah permohonan lebih 100,000 calon, sudah pastinya ada pemohon mendapat kursus selain yang dipohon atau pun ada yang tidak dapat langsung. Pelbagai riaksi ada boleh lihat di seluruh rangkaian media sosial terutamanya di Twitter. Jadi pihak KPM telah membuka 1 lagi peluang kepada yang gagal peroleh sebarang tawaran untuk mengemukakan rayuan bagi calon lepasan SPM

Siapa Yang Layak Memohon?

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran ke UA serta tidak mendapat tawaran Diploma di Politeknik dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline. Jadi kepada yang gagal untuk peroleh sebarang tawaran sahaja bagi calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di portal UPUOnline mulai 5 Mei 2019 sehingga 10 Mei 2019

Cara Memohon

  1.  Layari http://upu.moe.gov.my
  2. Login ID (No Kad Pengenalan)
  3. Hanya 2 pilihan Program sahaja dibenarkan
  4. Klik ‘Sah & Hantar’
  5. Cetak Slip Permohonan

Permohonan Rayuan Politeknik Premier, Politeknik Vokesional/MetrO, Kolej Komuniti Dan ILKA

Bagi selain daripada Universiti Awam (UA), anda boleh membuat permohonan rayuan terus ke portal mereka:

  1. ILKBS : https://ekampus.kbs.gov.my
  2. ILJTM : Rayuan Terus Ke Pusat Latihan Yang Berdekatan
  3. JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my
  4. MARA : http://www.tvetmara.edu.my

Bagi selain daripada Universiti Awam (UA), anda boleh membuat permohonan rayuan terus ke portal mereka:

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200
INSTAGRAM @kemasukanbpkp
TWITTER @twt_upu
 
permohonan rayuan upuonline 2019 2020
 
permohonan rayuan upuonline 2019 2020
 

 

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 4 Mei – 10 Mei 2019

0
harga petrol baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 4 Mei sehingga 10 Mei 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.80 (TURUN 1 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Keputusan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 Pada 5 Mei 2019

2
keputusan upuonline spm

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan membuka permohonan UPUOnline mulai 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019 yang lepas.

Menurut KPM, sebanyak 199,626 permohonan bagi Lepasan SPM telah diterima. Calon-calon tersebut adalah layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke Universiti Am, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

Tarikh Dan Kaedah Semak Keputusan Permohonan

Bagi semua calon Lepasan SPM yang memohon, hebahan keputusan permohonan kemasukan unutk ke Program Pengajian Asasi, Sijil dan Diploma akan diumumkan pada 5 Mei 2019 (Ahad) mulai jam 12 tengah hari sehingga 12 Mei 2019 jam 11.59 malam melalui 4 kaedah berikut:

1. Internet :

2. Talian Hotline UPU : 03-8870 8200

3. Aplikasi UPUPocket 2.0

4. Semakan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) 15888 dengan menaip : UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KP

 
keputusan upuonline 2019
Infografik berkaitan dengan semakan hebahan keputusan UPUOnline
 

 

Untuk sebarang persoalan berkaitan dengan UPUOnline, anda boleh terus hubungi pihak mereka dengan beberapa kaedah seperti dibawah:  

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya

No Tel: 03-8870 8200
E-mel: upu@moe.gov.my
Melalui aplikasi mobil: UPUPocket2.0


Laman Sosial : 
Facebook : Kemasukan BKPK JPT
Twitter : @twt_upu
Instagram : @kemasukan bpkp

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json