advertisement

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari ini.

Pelancaran siaran televisyen pendidikan ini pastinya memberi kelegaan kepada golongan pendidik, ibu bapa dan murid dikala kini sekolah ditutup dan diganti dengan sesi PdP di rumah sahaja iaitu melalui atas talian.

Sekarang, hanya di Astro yang mempunyai saluran khusus tv pendidikan iaitu melalui Tutor TV Astro manakala hanya program yang diterbitkan bagi TV Okey RTM dan DidikTV@ntv7 sebelum ini hanya tempoh selama 11 jam sahaja keseluruhan. Dengan adanya saluran khusus TV Pendidikan percuma selepas ini, ianya akan memberikan tempoh yang lebih lama iaitu selama 17 jam.

BACA : TV Pendidikan Kini Di 3 Saluran; TV Okey, Astro, NTV7

Saluran Khusus TV Pendidikan, DidikTV KPM

DidikTV KPM akan bersiaran bermula 17 Februari 2021 iaitu bermula seawal 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari. Walaupun ianya saluran dengan nama baru, tetapi hakikatnya, ianya mengambil alih saluran NTV7. Ini bermakna, 16 Februari 2021 merupakan hari terakhir ntv7 (1998-2021) bersiaran dan bermula Rabu ianya ditukar sepenuhnya kepada TV pendidikan

Oleh itu, ibu bapa, murid-murid dan para pendidikan oleh tonton saluran ini melalui beberapa siaran :

  • MYTV107
  • Astro CH147
  • TV Unifi saluran ntv7
  • iDTV boleh dilakukan menerusi penalaan automatik

Kandungan DidikTV KPM

Menurusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM, DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

Selain itu, saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) dan kandungan yang dihasilkan oleh murid, disamping program antarabangsa bersesuaian.

Jadi selain daripada pendidikan secara online, kini murid sekolah rendah dan menengah boleh dapatkan akses pendidikan melalui televisyen dalam tempoh yang lebih lama.

Jadual Penuh Bagi Semua Saluran Dan Program TV Pendidikan

Anda boleh dapatkan jadual penuh bagi rancangan TV Pendidikan seperti TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV KPM di portal KPM atau klik disini

Pelancaran DidikTV KPM

Sebuah majlis pelancaran tv pendidikan 2021, DidikTV KPM ini juga akan berlangsung yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari 2021, jam 8 pagi bersiaran di TV3, ntv7 dan live facebook KPM.

pelancaran didiktv kpm
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here