advertisement

Jika anda berminat, anda boleh mula memohon kemasukan bagi pelajar Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Negeri Pahang bagi sesi 2020. Permohonan ini khusus bagi pelajar UPSR yang baru saha menerima keputusan pada minggu lepas.

Baca Juga : Semak Keputusan UPSR 2019

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mempelawa semua anak pahang khususnya bagi memohon kemasukan ke tingkatan 1 bagi sesi 2020 yang akan datang. Semua permohonan adalah dilakukan secara online sahaja.

tingkatan 1 maahad tahfiz negeri pahang

Permohonan Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Permohonan ini dibuka selama 10 hari bermula dari tarikh keputusan UPSR diumumkan. Permohonan UPSR diumumkan pada 21 November 2019, jadi tarikh tutup adalah pada 1 Disember 2019. Ianya program tajaan penuh daripada Yayasan Pahang

Syarat-Syarat Kelayakan Memohon

Program Tajaan Penuh Daripada Yayasan Pahang

  1. Permohonan hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang
  2. Berumur tidak melebihi 13 tahun
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran
  5. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
  6. Lulus dalam sesi temuduga
  7. Pendapatan isi rumah RM8000 ke bawah

Program Tajaan Yayasan Pahang Bersyarat

  1. Permohonan hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang
  2. Berumur tidak melebihi 13 tahun
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran
  5. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
  6. Lulus dalam sesi temuduga
  7. Yuran RM300 dikenakan bagi pendapatan isi rumah RM8001 hingga RM20,0000
  8. Sekiranya pendapatan isi rumah RM20,000 keatas, sila rujuk perkaran 3.0 (Program Pembiayaan Sendiri)

Program Pembiayaan Sendiri

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 13 tahun
  3. Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam UPSR
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran
  5. Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
  6. Lulus dalam sesi temuduga
  7. Yuran bulanan RM1500 bagi pendapatan isi rumah RM20,001 ke atas sekiranya merupakan anak negeri Pahang.
  8. Sekiranya bukan anak negeri Pahang, yuran bulanan RM1500 dikenakan tanpa mengira pendapatan isi rumah

Cara Memohon

  • Layari laman web www.tahfizpahang.edu.my
  • Pilih ‘Permohonan ONLINE’
  • Sila baca syarat-syarat kelayakan permohonan.
  • Pilih Program yang ditawarkan;
    • Program Tajaan Penuh Yayasan Pahang
    • Program Tajaan Yayasan Pahang Bersyarat
    • Program Pembiayaan Sendiri
  • Sila baca ‘Syarat-syarat AM dan Nota Penting’ dengan teliti.
  • Isikan dan lengkapkan semua maklumat
  • Klik ‘Hantar Permohonan

Semakan permohonan boleh dibuat selepas 24 jam permohonan dihantar. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 095343333 sambungan ke Bahagian Pengambilan.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here