advertisement

Berita baik untuk anak Pahang apabila permohonan bagi Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi sesi Disember kini dibuka sehingga 6 Januari 2021.

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang kali ini terbuka kepada semua peringkat pengajian iaitu bermula daripada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Jadi jika anda berada dalam mana-mana peringkat pengajian ini, anda boleh mula memohon disamping dengan syarat-syarat lain.

Ketika semua rakyat Malaysia susah disebabkan pandemik, pastinya jika pinjaman pendidikan ini memberikan sedikit kelegaan bagi meneruskan pengajian di peringkat universiti.

Mohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

pinjaman pendidikan yayasan pahang

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi sesi Disember dibuka bermula 21 Disember 2020 hingga 6 Januari 2021. Permohonan dibuat secara online dan perlu dimuatnaik bebera dokumen-dokumen penting. Klik pautan dibawah

Syarat Permohonan

~ Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :

  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh YP/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON

~ Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul

~ Mempunyai taraf kesihatan yang baik

~ Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori yang disenaraikan dibawah

Kategori Peringkat Pengajian

Diploma Kemahiran @Pahang Skills

  • Diploma Kemahiran di Pahang SKills

Diploma / Ijazah Sarjana Muda @UCYP

  • Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)

Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana @KUIPSAS

  • Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Diploma @Politeknik

  • Diploma di Politeknik

Ijazah Sarjana Muda @20 IPTA

  • Ijazah Sarjana Muda di 20 IPTA bagi pengajian bidang-bidang selektif & kritikal (TAHUN PERTAMA) seperti berikut :
    • Farmasi
    • Kejuruteraan
    • Ekonomi & Kewangan Islam
    • Perakaunan/Pensijilan Profesional Perakaunan
    • TESL
    • Pertanian dan Industri Halal
    • Pelancongan & Warisan
    • Sains Data
    • Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
    • Automasi & Robotik
    • E-Dagang
    • Pemasaran Digital

Sarjana / Kedoktoran @20 IPTA

  • Sarjana / Kedoktoran di 20 IPTA
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
pinjaman pendidikan yayasan pahang

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.yp.org.my atau hubungi pihak YP di talian 09-518 1800 (Pn Zakiah Saleh/Pn. Noorasziana Abdul Rahman)

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here