advertisement

Pihak MARA hari ini mengumumkan permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk tahun 2022 kini dibuka sehingga 5 November 2021.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

BACA : Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4 MRSM Tahun 2021 Dibuka Sehingga 4 Disember 2020

Antaranya adalah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2022

permohonan kemasukan ke mrsm

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021 di laman web MRSM atau klik link dibawah

Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

Selain itu, Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Syarat Kemasukan Ke MRSM

1. Calon warganegara Malaysia.

2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.

3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.

6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.

7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM yang disediakan di pautan ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal rasmi Majlis Amanah Rakyat di www.mara.gov.my atau menerusi laman facebook di www.facebook.com/majlisamanahrakyat

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here