advertisement

Berita baik kepada pelajar yang ingin mendaftar bagi MUET sesi 2 untuk tahun 2021. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh pendaftaran untuk pelajar yang ingin mengambil MUET sesi kali ini.

Pengumuman dibuat menerusi laman facebook rasmi MPM berkaitan tarikh pendaftaran beserta tarikh ujian dan tarikh pembelian Pin MEC. Jadi kepada yang ingin mendaftar, boleh baca maklumat lanjut seperti dibawah.

Isi kandungan

Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 2 Bagi Tahun 2021

Seperti diumumkan, tarikh pendaftaran MUET Sesi 2 akan dibuka mulai 9 Februari 2021 sehingga tarikh tutup iaitu pada 28 Mac 2021. Permohonan boleh dibuat di dalam talian atau secara online di portal MPM atau klik pautan dibawah

Manakala bagi pembelian PIN boleh dibuat secara dalam talian bermula 9 Februari hingga 27 Mac 2021. Pembelian boleh dibuat dengan 2 cara iaitu secara online di dapatpay.dapat.com/mpm atau terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM100 untuk warganegara dan RM250 untuk bukan warganegara.

muet sesi 2

Jadual MUET Sesi 2 Tahun 2021

Untuk Sesi 2, ianya akan bermula dengan Ujian Lisan (Speaking) iaitu pada 16,17,21,22,23 dan 24 Jun 2021. Manakala tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening) adalah pada 3 Julai 2021.

Untuk ketahui jadual penuh bagi setiap sesi MUET tahun 2021 ini, anda boleh tengok jadual disini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here