advertisement

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa mana-mana calon yang layak bagi memohon pekerjaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bagi memegang jawatan sebagai guru di sekolah MRSM di seluruh negara.

Jika anda berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MARA, anda sudah boleh mula memohon sekarang dengan cara-cara yang diterangkan di bawah. Semoga rezeki kepada mereka yang memohon

Baca Juga : Permohonan MRSM Tahun 2020 Kini Dibuka

Cara Memohon Pekerjaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Bersama MARA

Bagi yang berminat, anda boleh mula memohon sehingga 26 Januari 2020 dengan dibuat secara online atau atas talian melalui laman web MARA dibawah. Klik sahaja

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
  3. Kelayakan
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau
    • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60]
  4. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  5. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;
  6. Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf;
  7. Sihat Fizikal dan Mental;
  8. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  9. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
  10. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;
  11. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah;
  12. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  13. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang di pohon;
  14. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.
pegawai perkhidmatan pendidikan

Bidang Dan Subjek

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Islam
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Pendidikan Seni / Seni Visual
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Seni Reka Grafik
  • Komputer Multimedia & Animasi

Permohonan yang berjaya sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre). Calon yang berjaya bagi permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini akan menerima pesanan ringkas SMS dan perlu menyemak laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini di keluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Untuk iklan penuh, anda boleh layari pautan ini untuk dapatkan maklumat lanjut

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here