advertisement
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 sebelum ini telah berlangsung selama 5 hari pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober 2018. STAM merupakan peperiksaan tinggi yang melibatkan subjek-subjek agama Islam.
Jadi hari ni pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan STAM bagi tahun 2018 akan diumumkan bermula pada 17 Januari 2019 sehingga 23 Januari 2019.

Keputusan STAM 2018 Akan Diumumkan Pada 17 Januari 2019

Calon peperiksaan STAM boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama (17 Jan 2019). Calon persendirian akan di maklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 17 Januari 2019 dan akan ditamatkan pada 6 petang 23 Januari 2019. Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan
Untuk semakan mySMS:
STAM<jarak>AngkaGiliran
& SMS ke 15888
Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here