advertisement

Untuk mereka yang layak, jangan lupa untuk tebus eBelia sebanyak RM150 bermula 1 Jun 2021 ini melalui platform eWallet yang terpilih sama ada menggunakan ShopeePay, BigPay, Boost atau Touch ‘n Go eWallet.

Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia melalui pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu iaitu dengan memaklumkan bantuan RM100 secara kredit akan diberikan kepada golongan belia.

program tebus ebelia 2021

Kemudian sekali lagi melalui pakej bantuan PEMERKASA pula, Kerajaan menambah bantuan eBelia tersebut sebanyak RM50 dan kini secara jumlah, belia akan peroleh RM150 secara eTunai yang boleh ditebus menggunakan eWallet terpilih.

Inisiatif ini bagi membantu golongan belia untuk kurangkan bebanan kos sara hidup ketika belajar dan juga menggalakkan mereka menggunakan pembayaran secara tanpa-tunai atau cashless

Syarat Tebus eBelia RM150

Program eBelia ini boleh mula ditebus bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan ianya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dengan syarat :

  • Mestilah berumur antara 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 ATAU
  • Seorang pelajar IPT sepenuh masa bagi peringkat Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 4) dan keatas.

Ini bermakna, walaupun anda tidak berumur 24 tahun, tetapi sekiranya seorang pelajar IPT sepenuh masa, anda layak untuk tebus eBelia RM150 ini bermula 1 Jun.

Bagi melayakkan anda peroleh inisiatif anda perlu tebus dengan hanya menggunakan salah satu daripada 4 eWallet sahaja iaitu melalui ShopeePay, Boost, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet. Anda hanya boleh tebus sekali sahaja menggunakan mana-mana eWallet

Akan tetapi, sebelum tebus, anda perlu membuat pengesahan atau verification dengan mana-mana eWallet tersebut iaitu dengan upload gambar MyKad dan selfie muka sendiri. Ianya bagi melayakkan anda untuk tebus eBelia RM150 tersebut.

Ikuti langkah dan caranya dibawah

Cara Tebus eBelia RM150 Daripada ShopeePay

Daftar Akaun ShopeePay

  1. Pergi ke Shopee dan klik pada ikon wallet atau pergi ke “Me > ShopeePay”
  2. Klik pada “Set up ShopeePay”
  3. Kemudian masukkan nama penuh dan no. MyKad. Tandakan pada kotak kecil to agree to the terms …
  4. Anda akan terima kod OTP melalui SMS dan masukkan nombor tersebut
  5. Kemudian tetapkan 6-digit no. pin anda sendiri untuk digunakan setiap kali membuat transaksi

Aktifkan ShopeePay Premium

Shopee menawarkan kepada anda kredit RM5 untuk anda naik taraf atau aktifkan ShopeePay Premium dengan cara :

  1. Pergi kepada halaman utama Shopee sekali lagi dan klik pada ikon wallet atau pergi ke tab “Me > ShopeePay”
  2. Klik pada “Verify your IC for more features”
  3. Upload gambar MyKad anda beserta selfie muka sendiri dengan gambar yang jelas. Jika sudah selesai, klik “Confirm”
  4. Proses pengesahan (verfication) akan mengambil masa 24 jam dan jika sudah selesai, anda akan peroleh RM5 secara percuma
daftar shopeepay

Cara Tebus eBelia RM150

  1. Pergi ke Shopee dan klik “eBelia icon”
  2. Kemudian klik butang “Claim Now”
  3. Cara maklumat yang disediakan dan jika sudah, klik butang “Claim Now”
  4. Disini anda perlu lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, tahap pembelajaran, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya. Jika sudah klik “Sumbit”
  5. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari
tebus guna shopeepay

Untuk maklumat lanjutberkaitan eBelia ShopeePay, boleh layari www.shopee.com.my/ebelia

Cara Tebus eBelia RM150 Daripada Boost

Daftar Akaun Boost

  1. Download aplikasi Boost sama ada [ App Store | Play Store | AppGallery ]
  2. Buka aplikasi Boost dan klik “Register”
  3. Tetapkan nombor telefon dan anda akan peroleh kod TAC yang perlu dimasukkan pada ruang yang disediakan
  4. Masukkan maklumat peribadi seperti nama, emel dan sebagainya
  5. Kemudian anda perlu tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi menggunakan Boost
  6. Jangan lupa masukkan invite code : aimfjhw

Verify Akaun Boost Premium

Anda perlu membuat verification sebelum tebus eBelia RM150 tersebut dengan cara:

  1. Buka aplikasi Boost dan masuk ke profile serta klik “My Wallet”
  2. Klik pada “Upgrade for Free”
  3. Seterusnya upload gambar MyKad anda beserta gambar Selfie dengan gambar yang jelas dan klik “verify ID”
  4. Proses pengesahan akan mengambil masa 1 hari bekerja. 
  5. Anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 ke dalam akaun Boost. Selesai!
daftar boost

Cara Tebus eBelia RM150

  1. Pada halaman utama aplikasi Boost, klik “banner eBelia”
  2. Kemudian perlu lengkapkan 2 langkah lagi
  3. Disini anda perlu lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, tahap pembelajaran, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya. Jika sudah klik “Sumbit Claim”
  4. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari
tebus guna boost

Untuk maklumat lanjut berkaitan eBelia Boost, boleh layari www.myboost.com.my/news/belia-ready/

Cara Tebus eBelia RM150 Daripada BigPay

Daftar Akaun BigPay

  1. Download aplikasi BigPay di App Store atau Play Store secara percuma
  2. Kemudian klik “Sign Up” dan pilih Malaysia
  3. Masukkan nombor telefon dan kemudian masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS
  4. Langkah seterusnya tetapkan password akaun dan masukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah (pentin), emel dan sebagainya
  5. Pada bahagian referals code, masukkan 0LMZHKVZ3T untuk anda dapatkan RM10 secara percuma.
  6. Seterusnya anda perlu sahkan atau verify akaun BigPay anda dengan ikuti langkah dibawah.

Verify Akaun BigPay

  1. Seterusnya, macam biasa, anda perlu upload gambar MyKad bersama selfie Selfie muka dengan gambar jelas bagi tujuan pengesahan atau verification
  2. Kemudian anda perlu tambah nilai RM20 sebelum menggunakan BigPay. (Bayaran ini bukan yuran, tetapi hanya sekadar proses pendaftaran sahaja. Ianya akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay anda nanti. Jangan risau)
  3. Dalam masa 5-7 hari bekerja, anda akan menerima kad debit (mastercard) yang akan dihantar terus ke rumah anda seperti dalam alamat yang telah didaftar pada awalnya.

Cara Tebus eBelia RM150

Jika sudah disahkan melalui verification proses tersebut, barulah anda layak untuk tebus eBelia RM150 dengan cara:

  1. Buka aplikasi BigPay dan pergi ke halaman “Payments”
  2. Kemudian anda klik ikon eBelia dan tekan “Apply Now”
  3. Masukkan butiran peribadi seperti alamat rumah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan sebagainya yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dan klik “Sumbit”
  4. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari
tebus guna bigpay

Untuk maklumat lanjut berkaitan eBelia BigPay, boleh layari www.bigpayme.com/ebelia

Cara Tebus eBeliau RM150 Daripada Touch ‘n Go eWallet

Daftar Akaun Touch ‘n Go eWallet

  1. Download aplikasi Touch ‘n Go eWallet [ App Store | Play Store | AppGallery ] secara percuma
  2. Kemudian klik “Sign Up”
  3. Tetapkan nombor telefon dan masukkan kod OTP akan dihantar kepada anda melalui SMS.
  4. Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi
  5. Lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, nombor MyKad dan emel sehingga selesai

Verify Akaun Touch ‘n Go eWallet

  1. Buka aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile serta klik pada “Account Verification”
  2. Pilih Malaysian dan upload gambar MyKad anda
  3. Seterusnya tangkap gambar selfie muka dengan gambar yang jelas dan tekan Let’s Go. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam.
daftar tng ewallet

Cara Tebus eBelia RM150

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda dan pada halaman utama, klik banner “eBelia”
  2. Kemudian klik butang “Claim Now”
  3. Pastikan maklumat nama dan no. MyKad anda betul dan tandakan pada kotak kecil serta klik “Yes, Sumbit Now”
  4. Kemudian lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya sehingga selesai
  5. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari
tebus guna tng ewallet

Untuk maklumat lanjut berkaitan eBelia Tng eWallet, boleh layari www.tngdigital.com.my/ebelia

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here